DAP Mahu Singkir PKR Dari PH?

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Amat tidak wajar bagi mana-mana pihak menunding jari terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim berikutan kekalahan Pakatan Harapan (PH) pada PRN Melaka,” kata Naib Ketua AMK, S. Thiban.

Katanya, pelbagai faktor telah menyebabkan PH kalah dalam PRN Melaka.

Menurut Thiban, pimpinan PH termasuk Anwar sedia menerima segala kritikan dan pandangan. Namun, sangat tidak adil jika Anwar seorang sahaja dipersalahkan atas kekalahan PH

“Saya terkilan dengan kenyataan biadab dan angkuh ADUN Bilut (DAP) Lee Chin Chen yang mahu Datuk Seri Anwar Ibrahim berundur sebagai Ketua Pembangkang berikutan kekalahan PH pada di Melaka. Saya berpendapat kenyataan sedemikian hanya mengeruhkan lagi keadaan dan bukannya membantu PH maju ke hadapan.

“Sebagai seorang ADUN, Chin Chen seharusnya memberikan ruang dan masa kepada pucuk kepimpinan untuk buat ‘post-mortem’ bagi mengenal pasti faktor kekalahan PH dan mencari solusi kepada masalah yang wujud,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Thiban menegaskan, amat tidak wajar bagi mana-mana pihak menunding jari terhadap Anwar berikutan kekalahan PH pada PRN Melaka malah kenyataan ADUN DAP ini menunjukkan bahawa semangat setiakawan dalam PH semakin pudar dan rakan sekutu tidak ikhlas dalam kesatuan.

” Chin Chen harus sedar bahawa setiap keputusan berkenaan PRN Melaka dibuat secara konsensus menerusi mesyuarat Majlis Presiden PH. Ia bukan keputusan Anwar seorang malah beberapa perkara yang tidak dipersetujui Anwar terpaksa diterima atas desakan rakan DAP dan Amanah walaupun bercanggah dengan kehendak rakyat.

“Apa sebenarnya motif Chin Chen menuding jari serta mendesak Anwar berundur? Apakah Chin Chen akan turut desak Setiausaha DAP Lim Guan Eng, Presiden Amanah Mohamad Sabu untuk turut berundur dari pucuk kepimpinan PH?

“Saya juga menggesa beliau kemukakan satu nama yang mampu untuk menggantikan Anwar selaku Ketua Pembangkang. Jika tidak beliau harus memohon maaf secara terbuka,” desak Thiban.

Kalah satu PRN terus ugut keluar PH ini seolah olah memang wujud perancangan untuk menubuhkan satu pakatan baru tanpa PKR,” kata Thiban.

“Jika itu yang dimahukan oleh pimpinan DAP maka mereka boleh keluarkan PKR dari PH.

“PKR bertanding di semua kerusi majoriti Melayu dan kawasan pedalaman bukannya kerusi yang selesa untuk menang. Sehingga kini tiada siapa dari PKR menunding jari terhadap parti komponen dan menyalahkan mereka atas kekalahan ini.

“Semangat setiakawan itu harus dikekalkan dan bukannya menunding jari menyalahkan satu sama lain. Saya menggesa pimpinan PH segerakan ‘post-mortem’ PRN Melaka dan merancang jalan maju ke hadapan. Bagi pendukung PH, hentikan perbalahan dan rapatkan saf,” katanya.

Kredit foto: Malaysiakini

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat