Tottenham Gagal Menyerlah Di Arnhem

- Advertisement -

TOTTENHAM Hotspur mencatatkan kekalahan pertama saingan Liga Konferensi Europa apabila tewas 0-1 kepada kelab Belanda, Vitesse Arnhem dalam perlawanan Kumpulan G di GelreDome, awal pagi Jumaat.

Pengendali Tottenham, Nuno Espirito Santo sebelum itu melakukan rombakan terhadap kesebelàsan utama yang melakar kemenangan 3-2 ke atas Newcastle United di St James’ Park pada Ahad.

Namun, ternyata tanpa kelibat watak penting seperti Harry Kane dan Son Heung-min, kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu hanya berjaya melakukan enam percubaan berbanding 15 pasukan lawan.

Malah anak buah Nuno Espirito Santo, yang menampilkan kudrat Dele Alli, Harry Winks, Steven Bergwijn dan Giovani Lo Celso, terpaksa berputih mata apabila voli Maximilian Wittek berjaya diterjemahkan dalam bentuk jaringan pada minit ke-78, untuk tiga mata skuad kendalian Thomas Letsch itu.

Keputusan itu menyaksikan Tottenham turun ke tangga ketiga Kumpulan G dengan tiga mata, tiga mata di belakang pendahulu, Rennes.

Sementara itu, bekas tonggak Tottenham, Chris Sutton menyifatkan pemain-pemain The Spurs yang diberikan tanggungjawab dalam perlawanan tersebut gagal memberikan impak positif.

“Perlawanan hari ini merupakan pentas pemain-pemain mempamerkan karakter positif. Namun saya terkilan bakat pemain-pemain tidak menyerlah seperti yang diharapkan sebelum ini,” ujar Sutton.

– Sinar Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat