Johor, Terengganu Beralih Ke Fasa 4 PPN Bermula Isnin Ini – PM

- Advertisement -

CYBERJAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi satu kenyataan rasmi hari ini mengumumkan dua lagi negeri iaitu Johor dan Terengganu akan beralih ke Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN), berkuat kuasa Isnin ini.

Perdana Menteri berkata, keputusan itu dicapai hasil mesyuarat Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik Covid-19 yang diadakan hari ini.

“Ia mengambil kira penilaian risiko semasa yang dilaksanakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Prosedur operasi standard (SOP) bagi negeri yang memasuki Fasa 4 adalah sama dengan sebelum ini” katanya.

Menurut Perdana Menteri lagi, keterangan mengenai SOP terkini akan dikemaskini oleh MKN di laman sesawang rasmi www.mkn.gov.my.

Peralihan fasa bagi dua negeri itu menjadikan sehingga kini sembilan negeri sudah berada dalam fasa 4, manakala baki negeri lain masih berada dalam Fasa 3 PPN.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat