“Tunggu PRU15 nanti UMNO atau Amanah yang pupus ” – Najib

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak “pulang paku buah keras” kepada Khalid Samad yang mendakwa UMNO sebelum ini sudah hampir pupus.

Bekas Perdana Menteri itu secara sinis mengingatkan Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah) bahawa sudah beberapa siri pilihan raya kecil (PRK) termasuk pilihan raya negeri (PRN) Sabah berjaya dirampas UMNO.

“UMNO pupus? Lid (Khalid) dah lupa tujuh PRK berturut-turut dan PRN Sabah?

“Berapa kerusi Amanah menang di Sabah?

“Kita tunggu Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti. Kita tengok parti mana yang pupus nanti,” sindir Najib.

Khalid sebelum itu berkata, UMNO kembali releven, menjadi ‘Kingmaker’.

Malah menurutnya, rakyat Malaysia terpaksa menunggu secara berdebar-debar mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang akan memutuskan siapa UMNO akan jadikan Perdana Menteri dan syarat -syarat yang UMNO akan tetapkan untuk mendapat ‘yang terbaik’ bagi UMNO.

“Sebelum ini UMNO hampir pupus.

“Kehendak dan pilihan rakyat melalui PRU 14 akhirnya dibakul-sampahkan dan politik Malaysia menjadi mainan 222 orang Ahli Parlimen yang dicaturkan mengikut kehendak pemimpin mereka.

“Inilah politik legasi pengkhianat iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

“Dua orang ini telah kembalikan kuasa geng kleptokrat,” catatnya di Twitter.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat