Pencemaran Sungai Selangor: Lapan Lelaki Direman Tujuh Hari

- Advertisement -

Lapan lelaki termasuk seorang pengarah syarikat membaiki dan menjual jentera pembinaan ditahan reman tujuh hari mulai hari ini hingga 28 Okt, berhubung pencemaran sumber air mentah di Sungai Selangor.

Perintah reman itu dikeluarkan ke atas kesemua suspek berusia antara 28 hingga 66 tahun oleh Majistret Nik Mohd Fadli Nik Azlan di Mahkamah Majistret Selayang di sini, hari ini selepas membenarkan permohonan polis untuk menahan reman mereka selama tujuh hari.

Mereka yang ditahan reman itu ialah seorang pengarah syarikat berusia 31 tahun dan bapanya yang berusia 62 tahun, serta enam pekerja terdiri daripada dua warga tempatan serta empat warga asing dari Nepal, Pakistan dan Myanmar.

Kesemua suspek ditahan reman bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 430 Kanun Keseksaan iaitu bagi kesalahan melakukan khianat, dengan mendatangkan bencana terhadap perjalanan tali air sehingga menyebabkan susut bekalan air kepada manusia dan haiwan.

Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang daripada lima tahun dan maksimum 30 tahun dengan denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.-BERNAMA

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat