Lucut hak wang RM2.7 juta, UMNO Selangor fail bantahan

Telur Nyaris Ditanduk, Nasib Baik Kerajaan Akur Tuntutan Rakyat

KUALA LUMPUR - Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2021 atau Belanjawan 2021 peringkat dasar yang diluluskan semalam berada dalam situasi telur nyaris ditanduk,” kata Datuk...

16 Januari 2021 PRK Gerik, Bugaya

KUALA LUMPUR - Hari pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi Parlimen Parlimen Gerik, Perak dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bugaya, Sabah, akan diadakan...

BN Bukan Pak Turut PN

KUALA LUMPUR - Jelas peranan Barisan Nasional (BN) dalam Perikatan Nasional (PN) bukanlah menjadi ‘pak turut’ kepada kerajaan tetapi sebagai pejuang utama kepada...

YBR Serah Bantuan Kesihatan Untuk Nur A’afiyah Humaitah (Video)

KUALA LUMPUR - Prihatin dengan nasib yang menimpa adik Nur A'afiyah Muhammad Hassan, Yayasan Bank Rakyat (YBR) tampil menghulurkan bantuan berupa bekalan barangan perubatan...

Penceramah Ditahan Bantu Siasatan Noda Kenalan Instagram

SHAH ALAM – Seorang penceramah bebas ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes merogol seorang wanita di sebuah rumah di Seksyen 7 di sini pada...

KUALA LUMPUR: Badan Perhubungan UMNO Selangor (UMNO Selangor) memfailkan bantahan awal, terhadap permohonan kerajaan untuk melucut hak wang berjumlah RM2,738,525.08 yang dirampas daripada pihaknya.

Wang yang disita Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dari badan politik tersebut, didakwa berkaitan dengan skandal penyelewangan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Peguam yang mewakili UMNO Selangor Muzzammil Merican ketika dihubungi Bernama berkata, notis bantahan tersebut telah disampaikan melalui satu surat kepada Mahkamah Tinggi di sini, pada 22 Sept lepas.

“Bantahan ini berkaitan dengan cara prosiding lucut hak ini dimulakan. Pihak kami akan berhujah bahawa prosiding ini telah dimulakan dengan cara salah.

“Semalam dijadualkan untuk pendengaran tersebut, tetapi berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang sedang berkuat kuasa di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya, bermula 14 hingga 27 Okt,  jadi prosiding telah dilapangkan,” katanya.

Muzzammil berkata Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin, telah menetapkan 27 Nov depan untuk pendengaran notis bantahan awal berkenaan.

Permohonan lucut hak itu difailkan pendakwaan selaku pemohon terhadap UMNO Selangor, yang dinamakan sebagai responden mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

Sebelum ini, bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM Latheefa Koya dilaporkan berkata, agensi itu memfailkan permohonan terhadap 41 responden untuk mendapatkan semula kira-kira RM270 juta yang mempunyai kaitan dengan 1MDB.

SPRM percaya wang berkenaan dipindahkan daripada akaun bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

– BERNAMA

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Dakwaan PAS Tolak Umno Tanpa Bersatu Tidak Tepat – Asyraf Wajdi

CYBERJAYA: Dakwaan mengatakan Pas tidak akan bersama UMNO tanpa Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) sebagai rakan sekutu tidak tepat, kata Ketua Pemuda UMNO Datuk...

Sedia Berbaik Semula, Syaratnya Muhyiddin Perlu Tolak UMNO – Mahathir

KUALA LUMPUR - Jika kena ‘caranya’, tidak mustahil akan berbaik-baik semula dengan Perdana Menteri, akui Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai hubungannya dengan Tan Sri...

Ketua Armada Bersatu Pertahan Cadangan Supaya BNM Cetak Lebih Banyak Duit

PETALING JAYA - Ketua Pemuda PPBM Wan Ahmad Fayhsal menggesa pihak berkenaan tidak bingkas mengkritik saranannya agar Bank Negara Malaysia (BNM) ‘mencetak duit’ untuk...

Berita Berkaitan

Telur Nyaris Ditanduk, Nasib Baik Kerajaan Akur Tuntutan Rakyat

KUALA LUMPUR - Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2021 atau Belanjawan 2021 peringkat dasar yang diluluskan semalam berada dalam situasi telur nyaris ditanduk,” kata Datuk...

16 Januari 2021 PRK Gerik, Bugaya

KUALA LUMPUR - Hari pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi Parlimen Parlimen Gerik, Perak dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bugaya, Sabah, akan diadakan...

BN Bukan Pak Turut PN

KUALA LUMPUR - Jelas peranan Barisan Nasional (BN) dalam Perikatan Nasional (PN) bukanlah menjadi ‘pak turut’ kepada kerajaan tetapi sebagai pejuang utama kepada...