Gencatan Politik Keputusan Zahid, Tak Wujud Unsur Ditekan Kata Annuar Musa

- Advertisement -

Kuala Lumpur – Dakwaan kononnya Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi membuat pusingan U selepas mesyuarat selama empat jam bersama pemimpin-pemimpin UMNO sebelum ini adalah tidak benar.

Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Anwar Musa berkata, laporan sebuah portal yang mendakwa Ahmad Zahid menerima tekanan untuk mengisytiharkan gencatan politik dan sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN) adalah tidak berasas.

“Laporan itu jelas tidak benar malah tidak wujud pun mesyuarat selama itu. Pertimbangan Presiden UMNO mengambil kira pandangan pelbagai pihak dan adalah keputusan beliau sendiri.

“Presiden dan UMNO memahami keutamaan adalah rakyat, apalagi bila membabitkan nyawa dan kesihatan,” katanya menerusi satu kenyataan di laman Facebook sebentar tadi.

Menurut Annuar keputusan Presiden UMNO itu adalah tepat, kerana mendahului rakyat dan negara berbanding politik.

Terdahulu portal tersebut mendakwa kononnya berlangsung satu mesyuarat selama empat jam membabitkan Ahmad Zahid serta pengerusi perhubungan UMNO negeri yang marah dengan tindakan untuk menyokong Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Perdana Menteri.

Annuar yang juga Menteri Wilayah Persekutuan berkata, gerakan untuk menukar Perdana Menteri pada masa ini tidak akan membantu negara mengurangkan penularan COVID-19.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat