Awie, Ella jayakan konsert ‘hijau’ dalam talian

Kesungguhan Kerajaan Untuk Rakyat

Kedudukan kerajaan yang tidak kukuh bukan sahaja menyebabkan pihak lawan mengambil kesempatan, rakan sekutu juga akan sentiasa menunggu peluang merebut kuasa. Justeru tidak hairanlah...

Hanya Libatkan Isu MB Perak, Sia-Sia Sahajalah Usaha Pemimpin PH – Dr Kamarul

Oleh: Dr Kamarul Zaman Haji Yusoff Seperti ramai yang lain, saya juga terkejut dengan tindakan 24 ADUN Umno bekerjasama dengan 24 ADUN dari PH, iaitu...

Ekonomi Malaysia Dijangka Berkembang 6.7 Peratus Tahun Depan

KUALA LUMPUR - Fitch Ratings menjangkakan ekonomi Malaysia berkembang 6.7 peratus tahun depan disokong pemulihan eksport barangan dan komoditi yang berterusan. Agensi penarafan antarabangsa dalam...

Lelaki Merajuk, Jalan Kaki 400 Kilometer Selepas Bertengkar Dengan isteri

MILAN – Seorang lelaki berjalan kaki sejauh 418 kilometer (km) dengan niat mahu menenangkan diri selepas bertengkar dengan isterinya, lewat bulan lalu. Lelaki berusia 48...

PKPB Disambung atau Tidak, Bakal Diketahui Esok

PUTRAJAYA - Keputusan sama ada Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ditamatkan atau disambung di beberapa negeri Semenanjung akan diumumkan esok (Sabtu). Pengumuman itu bakal dibuat...

KUALA LUMPUR: Dalam aktif berkarya, nama-nama besar industri muzik tidak pernah gagal melahirkan sokongan terhadap perjuangan menjaga alam sekitar.

Terbaru, melalui Konsert Hijau Virtual IGEM, barisan artis terkenal menggunakan pengaruh masing-masing untuk menyampaikan mesej pentingnya semua pihak memastikan bumi terus hijau.

Konsert itu dijayakan sempena Persidangan dan Pameran Teknologi Hijau dan Produk Eco Antarabangsa Malaysia (IGEM) 2020 yang diadakan di ibu negara, selama lima hari, mulai Isnin lalu.

Konsert yang dikendalikan hos Joey Daud dirakamkan di Petaling Jaya, Jumaat lalu dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.

Bintang lagenda iaitu Datuk DJ Dave, Datuk M Nasir, Datuk Awie, Ella Aminuddin dan Siti Nordiana tampil bersuara menyeru masyarakat bersatu menyelamatkan alam sekitar daripada kemusnahan.

Tidak ketinggalan menghiburkan penonton adalah Asfan Shah dan Chubby Buskers

Apa yang menarik, Konsert Hijau Virtual IGEM boleh ditonton secara virtual di seluruh dunia dengan melayari laman web virtual.com.

 

Datuk DJ Dave puji usaha IGEM meningkatkan kesedaran ramai terhadap alam sekitar.
Datuk DJ Dave puji usaha IGEM meningkatkan kesedaran ramai terhadap alam sekitar.

 

Ketua Pegawai Eksekutif IGEM 2020, Shamsul Mohd Nor, berkata konsert ‘dipentaskan’ dianggap pemangkin bagi memperhebatkan kempen meningkatkan kesedaran rakyat terhadap kepentingan menjaga alam sekitar.

“Kita berharap konsert ini dapat meningkatkan kesedaran orang ramai yang juga peminat artis terbabit untuk menghayati mesej disampaikan IGEM.

“Saya percaya melalui program hiburan begini, matlamat penganjuran acara lebih mudah sampai dan diterima masyarakat,” katanya.

Sementara itu, M Nasir berkongsi simbolik di sebalik lagu Rimba Tari Mustikal yang didendangkan pada konsert itu.

“Lagu ini sangat sesuai kerana ia bercerita mengenai alam, keindahannya dan noda yang diberi atas apa yang diistilahkan sebagai pembangunan.

“Segala-galanya adalah mengenai kemanusiaan jika digali dengan lebih mendalam maksud lagu itu,” katanya.

 

Datuk M Nasir berkongsi simbolik di sebalik lagu Rimba Tari Mustikal yang didendangkan menerusi Konsert Hijau Virtual IGEM.
Datuk M Nasir berkongsi simbolik di sebalik lagu Rimba Tari Mustikal yang didendangkan menerusi Konsert Hijau Virtual IGEM.

 

Ella pula kesal sikap tidak bertanggungjawab sesetengah pihak yang mengambil mudah soal penjagaan alam sekitar.

“Saya harap konsert ini dapat menjadikan pihak terbabit lebih cakna dan peka akan natijah akibat tindakan mereka sendiri terhadap alam,” katanya.

DJ Dave yang mendendangkan lagu Di Desa Kasihku Tertumpah turut memuji usaha murni IGEM meningkatkan kesedaran ramai terhadap alam sekitar.

“Konsert ini menjentik semula hati sesetengah penonton yang mungkin sudah alpa mengenai alam yang kian terjejas ini. Kita perlu beri kesedaran secara berterusan agar bumi mampu dipelihara untuk tempoh masa yang lebih lama lagi,” katanya.

Kali ke-11 dianjurkan, IGEM 2020 membabitkan penyertaan dari seluruh dunia bagi membincangkan masa depan sejagat.

Program berkenaan diadakan secara virtual dengan akses 24 jam dan boleh ditonton di seluruh dunia menerusi laman sesawang virtual.com.

Berita Harian

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Bagi Sumbangan Tak Tanya Kami, Pegawai Mukhriz Bidas Ebit Liew

ALOR SETAR - Eksekutif Media Menteri Besar Kedah mendakwa tindakan penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew memberikan bantuan kepada golongan asnaf di negeri itu telah...

Zahid Ingatkan Ismail Sabri Jangan Desak Isu TPM

BAGAN DATUK, 29 Nov -- Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini meminta pemimpin dan anggota UMNO tidak mendesak Perdana Menteri Tan Sri...

Tewas lagi, adakah Ketua Pembangkang akan letak jawatan?

KUALA LUMPUR - Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan Belanjawan 2021 peringkat jawatankuasa bagi Jabatan Perdana Menteri (JPM). Keputusan diumumkan oleh Speaker Dewan Rakyat,...

Berita Berkaitan

Amy Mastura jadi ‘Missy Jannah’

KUALA LUMPUR: Kali pertama melakonkan watak jururawat atau sering digelar 'Missy', bintang serba boleh, Amy Mastura beroleh pengalaman baharu dengan menyelami kehidupan anggota barisan...

LUMOS Auro, Projektor Serba Lengkap Dan Mampu Milik Buat Kaki Filem

Bersempena dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang sedang berlangsung, pastinya ada antara anda yang merindui kepada pawagam dalam menonton filem terbaru yang ditayangkan. Sekiranya...

Yuna seperti di ‘alam khayalan’

Kuala Lumpur: Penyanyi Yuna, 34, berbangga diberi peluang untuk mengadakan persembahan secara maya di Aquaria KLCC, di sini, dan menghiburkan penonton menerusi dalam talian, semalam. Yuna...