847 Kes Baru Covid Hari Ini, Sabah Catat Jangkitan Tertinggi 578 Kes

- Advertisement -

PUTRAJAYA – Sebanyak 847 kes baharu Covid-19 dilaporkan hari ini termasuk daripada enam kluster baharu menjadikan jumlah kes positif sebanyak 23,804 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, 842 kes adalah penularan tempatan manakala lima kes import.

“Sabah masih mencatatkan kes tertinggi sebanyak 578 diikuti Selangor (137), Negeri Sembilan (38) termasuk 33 pelajar tahfiz di Senawang, Labuan (29) dan Kuala Lumpur (23),” katanya pada sidang akhbar di Kementerian Kesihatan di sini hari ini.

Noor Hisham berkata, lima lagi kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian sebanyak 204.

Pada masa sama, beliau berkata, sebanyak 486 kes pulih dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih adalah 15,417 setakat hari ini. – Kosmo

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat