Sudah dakwa saya tapi dokumen pendakwa raya belum lengkap, orang terbalikkan bendera apa cerita? – Akmal

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda Umno Datuk Dr Akmal Saleh mempertikai ketidaksediaan pendakwa raya di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam yang sebelum ini dituduh atas pertuduhan mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan kerana menyebabkan ketakutan dan kegentaran kepada awam.

Beliau bagaimanapun mempersoalkan pemakluman pendakwa raya yang memberitahu dokumen pendakwaan itu tidak lengkap.

“Tadi baru selesai kes saya di mahkamah Bukit Mertajam, hari ini saya bersedia – dengan barisan peguam kita pun dah bersedia untuk lawan.

“Tapi rupanya pihak pendakwa raya hanya berikan sebahagian dokumen sebahagian lagi dikatakannya belum bersedia.

“Kamu yang nak dakwa saya, kamu pula kata dokumen tak sedia, macam mana benda tu boleh jadi? soal Dr Akmal.

Sementara itu Exco Melaka itu turut bertanya status kes orang yang terbalikkan bendera.

“Saya nak tanya juga, tu kes orang yang terbalikkan bendera ini.

“Hari itu polis kata dah kertas siasatan dah siap dah diserah kepada Timbalan Pendakwa Raya (DPP), saya nak tanya pada DPP dokumen dah sedia ke belum?

“Kalau tak sedia kes saya pun tak sedia dah didakwa

“Jadi mohon DPP untuk jawab dan untuk saya mengalah tidak sama sekali, kita akan lawan kita akan lawan sampai habis,” tegas beliau.

Pada 22 Ogos lalu, Ketua Pemuda Umno itu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret atas pertuduhan mengeluarkan kenyataan dalam laman sosial miliknya yang menimbulkan kegentaran dan keselamatan awam.

Dr Akmal, 37, mohon kesnya dibicarakan ketika pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Nurul Rasyidah Mohd Akit.

Mengikut pertuduhan, Adun Merlimau itu didakwa mengeluarkan kenyataan dalam laman sosial miliknya yang ia dilihat menimbulkan kegentaran awam apabila mendorong mana-mana orang supaya melakukan kesalahan terhadap ketenteraman awam, jam 3 petang, 11 Ogos lalu.

Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikemukakan barisan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Mohd Nordin Ismail manakala Dr Akmal diwakili barisan peguam diketuai Aizat Azam.

Semasa prosiding, pihak pendakwa raya mencadangkan jaminan diberikan sebanyak RM10,000 namun pihak pembelaan memohon supaya anak guamnya diberikan jaminan sebanyak RM2,000 dengan alasan beliau perlu menyara seorang isteri serta dua anak yang masih kecil dan bersekolah.

Katanya, Dr Akmal juga perlu melaksanakan tugas rasminya sebagai wakil rakyat serta tugas Exco di Melaka selain perlu menjalankan tugas sebagai Ketua Pemuda Umno Malaysia .

Mahkamah membenarkan Dr Akmal diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 22 September depan untuk serahan dokumen.

Media sebelum ini melaporkan Jabatan Peguam Negara (AGC) memutuskan untuk mengemukakan pertuduhan terhadap Dr Muhamad Akmal bersama tiga individu lain berhubung kenyataan yang didapati menggugat ketenteraman awam di media sosial.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat