AGC akan ambil tindakan tegas terhadap Shafie Apdal dakwaan hina makamah terhadap prosiding Zara

KUALA LUMPUR – Jabatan Peguam Negara (AGC) memandang serius kenyataan yang dikeluarkan oleh Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berhubung kes Zara Qairina semasa berucap di majlis “Jelajah Inspirasi DSSA P187 Kinabatangan” pada 20 September 2025.

Menurut jabatan itu, kenyataan sedemikian berpotensi menimbulkan persepsi yang tidak tepat dalam kalangan masyarakat serta menjejaskan kelancaran prosiding mahkamah yang sedang berlangsung.

“Sehubungan itu, jabatan ini sedang meneliti dengan terperinci setiap kandungan kenyataan tersebut dan menegaskan bahawa jabatan ini tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas menurut peruntukan undang-undang, termasuk memulakan prosiding penghinaan mahkamah setelah penelitian tersebut selesai.

“Jabatan ini sekali lagi mengingatkan orang ramai supaya tidak melakukan sebarang perbuatan yang boleh mencetuskan kekeliruan atau mengganggu kelancaran prosiding mahkamah yang masih berlangsung,” tegasnya.

Shafie dilapor mempersoalkan tempoh panjang inkues dalam klip video sebuah majlis makan malam yang tersebar di media sosial.

Dalam video tersebut, Shafie melabelkan kes ini sebagai ‘pembunuhan’ serta mempersoalkan tatacara siasatan polis dan pakar patologi forensik.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat