Calon BN yakin tiada protes undi Cina, cuma pengundi luar mungkin tak balik

- Advertisement -

KLUANG – Barisan Nasional (BN) yakin tidak berlaku isu protes pengundi Cina dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota, sebaliknya ia lebih menjurus kepada isu kelompok pengundi luar.

Calon BN, Syed Hussien Syed Abdullah berkata, beliau tidak melihat isu protes yang digembar-gembur itu sebagai isu besar kerana bersandarkan keyakinan terhadap maklum balas positif daripada masyarakat Cina yang disantuni sepanjang tempoh berkempen setakat ini.

Ketua Pemuda Umno Kluang itu berkata, kebimbangan yang wujud adalah berkaitan kekangan pengundi luar untuk pulang mengundi memandangkan tiada cuti khas untuk PRK Mahkota.

“Saya lihat sepanjang kempen saya bersama dengan masyarakat Tionghua, mereka memberi sokongan yang sangat baik.

“Apa yang dimaksud dengan Cina tak keluar (undi) ini adalah mereka tidak pulang…kerana (untuk) PRK (pilihan raya kecil), ada sesetengah majikan tidak memberi cuti, tidak seperti PRU (pilihan raya umum). Jadi itu sahaja.

“Tetapi untuk Cina di lokaliti ini, saya berpendapat, mereka akan memberi sokongan yang cukup padu (untuk PRK) kali ini,”katanya ketika ditemui pada Program Sembang Santai Petang Bersama Gabungan Persekutuan Silat Kebangsaan (Pesaka) Kluang, di PDM Kampung Melayu 1, pada Ahad.

Syed Hussien berkata demikian mengulas pendekatan yang akan dibuat bagi menarik pengundi Cina keluar mengundi susulan ura-ura wujudnya gerakan protes pengundi Cina yang enggan keluar mengundi dalam PRK DUN Mahkota 28 Sept ini.

Beliau bagaimanapun menegaskan, BN akan meneruskan kempen berkonsepkan ‘keluarga besar’ tanpa mengabaikan mana-mana kaum.

“Kami tidak akan meninggalkan setiap bangsa. Kita akan seimbangkan konsep kempen kita,” ujar Syed Hussien lagi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat