‘Sugar mummy’ sedia dikecam

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Melakonkan watak ‘sugar mummy’ dalam drama terbaru, Rampas Cintaku, aktres jelita, Fasha Sandha sedar dirinya menjadi sasaran dan ‘bahan’ netizen sebaik naskhah disiarkan, esok.

Namun, Fasha atau nama sebenar, Nur Fasha Sandha Hassan, 38, percaya watak Datin Safieya yang menjalin hubungan dengan remaja digelar ‘anak ikan’ dalam drama terbabit, tidak lebih daripada paparan realiti kehidupan hari ini.

Mengaku terkejut sebaik menerima skrip drama terbitan MIG Productions itu, Fasha bagaimanapun mahu melihat perkara itu dari sudut positif.

“Walaupun ada babak panas, saya lebih mementingkan pengajaran yang ingin disampaikan. Saya tahu kumpulan digelar ‘jabatan netizen’ akan menjalankan tugas mereka.

“Namun, saya tidak kisah kerana hanya bekerja menjayakan karakter.

“Saya hanya mahukan lakonan tampak ‘real’ dan saya mahu penonton tahu kisah seperti Datin Safieya yang menjalin skandal dengan ‘anak ikan’ memang wujud.

“Perkara ini tidak pernah dipaparkan secara mendalam dalam mana-mana naskhah.

“Melalui drama Rampas Cintaku, penonton dapat melihat bagaimana hubungan terlarang antara wanita berusia yang sudah berkahwin dengan gigolo,” katanya pada sesi tayangan drama terbabit di Dadi Cinema di ibu negara, baru-baru ini.

Drama Rampas Cintaku berkisar rencam hidup Datin Safieya yang menjalin hubungan dengan ‘anak ikan’ serta konflik rumah tangga dengan suami, Datuk Jefri lakonan Zarul Husin disiarkan platform iQiyi, mulai esok.

Drama ini dilancarkan secara global di platform iQiyi dan iQiyi International merentasi 191 negara dan wilayah.

 

Antara babak Fasha dan Afieq Shazwan yang menghidupkan karakter ‘anak ikan’ dalam drama Rampas Cintaku.
Antara babak Fasha dan Afieq Shazwan yang menghidupkan karakter ‘anak ikan’ dalam drama Rampas Cintaku.

 

Fasha yang juga ibu kepada tiga anak mengaku bimbang lakonannya dalam drama terbabit tidak ‘sampai’ berikutan tiada pengalaman bercinta dengan ‘anak ikan’.

“Semestinya saya berdebar andai lakonan tidak tampak ‘asli’. Saya tidak pernah bercinta dengan mereka yang berusia lebih muda.

“Saya juga tiada kawan yang mempunyai hubungan seperti itu. Jadi, saya terpaksa rujuk kepada pengarah untuk membawa watak itu.

“Namun, saya seronok menjayakan drama ini dan berharap penonton dapat membuka minda mereka agar menjadi lebih positif.

“Saya dapati pengarah, Ejump Mohd sangat terbuka dan dia memberi kebebasan kepada kami untuk mencorakkan watak,” katanya.

Fasha banyak merujuk kepada Ejump, termasuk berbincang dengan pelakon lain, terutama Afieq Shazwan yang menghidupkan karakter ‘anak ikan’ dikenali sebagai Rizal dalam drama itu.

Namun, biarpun perlu melakonkan aksi panas, Fasha tidak keterlaluan dan masih menjaga batas atas status sebagai isteri orang.

Fasha tidak bimbang kerana suaminya, Aidil Aziz turut membintangi drama berkenaan.

“Dalam set penggambaran, saya adalah Datin Safieya. Sebaik sahaja pengarah sebut ‘wrap’ (habis kerja), saya adalah isteri Aidil.

“Apa yang saya buat dalam drama ini hanyalah mengikut permintaan naskhah.

“Setiap apa yang kita buat, pasti ada batasan dan pengajaran. Sebagai pelakon, saya harus bersikap profesional,” katanya.

Selain Fasha, Zarul, Afieq dan Aidil, melodrama ini menampilkan Ady Mohammad, Erynn Abdullah, Zarynn Min, Puteri Balqis dan ramai lagi.

Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat