Bukit Aman siasat kes Najib, LHDN

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan menjalankan siasatan berhubung laporan polis dibuat bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak terhadap Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Mohd Kamarudin Md Din, berkata siasatan dilakukan mengikut Seksyen 468 Kanun Keseksaan dan semua pihak yang terbabit akan dihubungi dan dipanggil bagi memberi keterangan dalam masa terdekat.

“Orang ramai diingatkan tidak membuat spekulasi yang mungkin boleh menjejaskan siasatan. PDRM akan memastikan siasatan dijalankan secara adil dan saksama selaras dengan peruntukan undang-undang yang ditetapkan,” katanya memetik Bernama.

Pada 8 September lalu, Najib membuat laporan polis terhadap LHDN selepas menerima maklumat pegawai lembaga itu menerima tekanan daripada ahli politik yang mahu dirinya dikenakan tindakan undang-undang termasuk penalti cukai.

Najib mendakwa, beliau mempunyai maklumat dan bukti berlaku pelanggaran kuasa mengikut Seksyen 167, Seksyen 192, Seksyen 196, Seksyen 197 Kanun Keseksaan dan Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membabitkan salah guna kuasa dan penggunaan dokumen palsu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat