Individu Positif Covid-19 Tidak Dibenarkan Keluar Mengundi – Ismail Sabri

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pesakit Covid-19 yang menerima rawatan di hospital tidak dibenarkan keluar mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, Sabtu ini.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, namun tiga kategori lain pengundi dibenarkan dengan prosedur yang ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

“Terdapat empat kategori pengundi, yang pertama ialah pengundi biasa. Mereka ini perlu hadir pada waktu ditetapkan dan melaksanakan prosedur operasi standard (SOP) antaranya beratur mengikut jarak ditetapkan.

“Kita menggalakkan pengundi keluar mengundi pada waktu yang ditetapkan namun jangan salah faham, jika ada pengundi yang tidak boleh datang pada waktu ditetapkan, mereka boleh datang pada waktu lain dan dibenarkan mengundi, kita hanya menggalakkan bagi mengurangkan kesesakan,” katanya pada sidang media, hari ini.

Beliau berkata, kategori kedua ialah mereka yang bergejala, mereka ini perlu terus ke tempat mengundi dan akan dibawa ke tempat pengundian khas yang disediakan.

“Kategori ketiga pula ialah mereka yang masih dikuarantin, mereka ini dibenarkan mengundi tetapi mesti membuat permohonan kepada Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) supaya dapat ditentukan masa untuk mereka dibawa keluar.

“Kategori keempat pula ialah individu yang positif Covid-19 dan dirawat di hospital tidak dibenarkan keluar mengundi,” katanya. – HMetro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,586FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat