KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda Umno Datuk Dr Akmal Saleh mendesak Majlis Perbandaran Pontian (MPPn) tegak dengan arahan penutupan klinik gigi yang mengibarkan bendera Malaysia terbalik di daerah itu agar tidak tunduk dan menyerah dengan arahan DAPSY.
“Kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) ,jangan takut dan dengar cakap mereka ni (DAPSY).
“Teruskan kami sokong! tegas Akmal.
Exco Melaka itu malah melabel DAPSY sebagai hipokrit.
“The real hipokrit!
“Sepatutnya bukan sahaja hukuman ditutup kedai tetapi hukuman yang jauh lebih berat perlu dilakukan kepada orang yang tidak menghormati Jalur Gemilang.
“Tapi apakan daya,yang menegur cepat sahaja didakwa, tetapi yang kibarkan Jalur Gemilang secara terbalik masih lagi goyang kaki di rumah.
“Siapa kamu yang nak mengarahkan PBT? soal Akmal.



