Selepas khianat sehingga bercerai, Bersatu desak Pas keluar PN – Sanjeevan

SEREMBAN – Ketua Bersekutu Bersatu R Sri Sanjeevan mendesak Pas segera meninggalkan Perikatan Nasional (PN) memandangkan kedua-dua parti sudah bercerai dan tiada lagi masa depan untuk terus bersama.

Menurut calon Bersatu DUN Jeram Padang itu berkata, sekiranya Pas ada rasa bertanggungjawab dan malu, parti Islam itu sewajarnya keluar dari PN.

“Kalau mereka ada rasa tanggungjawab dan mereka ada rasa malu, mereka patut keluar. Sebab yang membuat sidang media, yang membuat kenyataan hendak menghentikan kerjasama politik dengan Bersatu ni mereka (Pas).

“Mereka (Pas) menghentikan kerjasama politik dengan Bersatu. Tetapi mereka masih berdegil untuk duduk dalam PN.

“Jadi, bila kita bercerai, sepatutnya bini itu keluarlah rumah kan? Sedangkan rumah itu dibina oleh si suami ni. Tapi ni tidak. Sorry to say lah, ni bawa perangai Zionis,” selar Sanjeevan ketika ditemui SuaraTV pada Rabu.

Menurut beliau tiada mana-mana parti yang boleh bertolak-ansur dengan pengkhianat.

“Bagi saya, Pas sudah mengkhianati Bersatu. Berulang kali, bersiri, berkali-kali.

“Jadi, kami (Bersatu dan Pas) memang tak boleh pergi jauh dengan ni.

“Jadi, saya tak pernah tengok sebuah parti politik atau pemimpin politik yang cukup munafik. Justeru, kami mengambil keputusan untuk bermufarakah (berpisah),” tegasnya.

Ditanya adakah masih wujud kumpulan WhatsApp melibatkan pimpinan Bersatu dan Pas, Sanjeevan memaklumkan sudah tiada.

“Tak ada. Dah cerai dah,” beritahu beliau.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat