YBR raikan pelajar cemerlang Parlimen Sungai Buloh

- Advertisement -

SUBANG:  Yayasan Bank Rakyat (YBR) menyampaikan hadiah kecemerlangan pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dari keluarga berpendapatan rendah di Parlimen Sungai Buloh dengan peruntukan lebih 100 ribu ringgit, dekat sini, ahad lalu.

Program ini diadakan dengan kerjasama Pusat Khidmat Wakil Rakyat Parlimen Sungai Buloh telah meraikan 226 pelajar Sijil Pelajaran melibatkan peruntukan berjumlah
RM100,250.00 bagi menghargai prestasi cemerlang pelajar yang baru sahaja
mendapat keputusan.

Program ini adalah sebahagian program yang sama dilaksanakan oleh YBR di seluruh negara bagi tujuan bertujuan membantu pelajar mengurangkan beban kewangan untuk memulakan pengajian di peringkat lebih tinggi dan memberi memotivasi kepada  mereka untuk lebih berjaya di masa akan datang.

Majlis penyerahan sumbangan kepada pelajar-pelajar ini telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan & Koperasi, Yang Berhormat Dato’ Ramanan
Ramakrishnan yang juga merupakan Ahli Parlimen Sungai Buloh di Dewan Meranti
Sungai Buloh sini, hari ini.

Majlis ini turut dihadiri oleh Pengerusi YBR, Datuk Philip Benedict Lasimbang; Ahli
Lembaga Pemegang Amanah YBR, Datuk Hj Zamri Salleh; Pengurus Besar YBR,
Syaiful Rizal Abdul Ghani serta Pengurusan YBR.

Sementara itu, Ramanan berkata, beliau sangat menghargai sokongan padu dan tidak
berbelah bahagi yang diberikan oleh YBR dalam meningkatkan tahap pendidikan
pelajar-pelajar terutamanya di Parlimen Sungai Buloh.

“Saya amat berharap usaha murni sebegini akan dapat diteruskan lagi di seluruh
negara dan sekaligus membantu meningkatkan mutu pendidikan negara ke arah
peringkat seterusnya.”

Di dalam majlis yang sama Philip berkata, bantuan insentif yang diberikan kepada
pelajar yang berjaya mendapatkan keputusan cemerlang diharapkan sebagai
pemangkin untuk terus berjaya di dalam pendidikan serta menguatkan semangat
mereka untuk terus mengekalkan momentum mencapai keputusan cemerlang dan
secara tidak langsung meningkatkan modal insan negara.

“Inisiatif hari ini bukti bahawa pihak YBR bukan sahaja menghulurkan bantuan malah
kami juga turut memberi pengiktirafan terhadap kejayaan yang dikecapi oleh para
pelajar,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat