Fahmi tegur sikap menjadikan berita palsu dan fitnah sebagai panduan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil meminta rakyat Malaysia untuk tidak membiarkan politik kebencian terus menebal, sehingga berita palsu dan fitnah dijadikan panduan.

Menurut Fahmi, ini berikutan berita palsu dan fitnah itu berbahaya, sehingga boleh merosakkan imej negara, meruntuhkan keharmonian dan perpaduan yang sudah sekian lama terjalin, serta memberi ancaman kepada kemerdekaan negara.

“Menginjak usia 67 tahun kemerdekaan negara, perpaduan dalam kalangan rakyat pelbagai kaum, agama dan latar belakang, sewajarnya semakin utuh.

“Kita telah pun memasuki fasa sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia. Justeru, ketepikanlah segala perbezaan dan hayati erti sebenar kemerdekaan yang membawa kepada penyatuan seluruh warganegara,” katanya di laman X, semalam.

Dalam pada itu, Fahmi turut menzahirkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang telah menyempurnakan pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2024 di Cyberjaya, petang semalam.

“Terima kasih juga kepada YAB (Yang Amat Berhormat) Menteri Besar Selangor (Datuk Seri Amirudin Shari) atas kesudian menjadi tuan rumah dan mengalu-alukan sambutan ini diadakan di negeri Selangor Darul Ehsan.

“Malaysia Madani: Jiwa Merdeka!,” katanya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat