Gaji Pengerusi GLC RM50,000 Sebulan Wujud Semasa PH Memerintah – Shahrir Samad

Sathianathan Harap Kerajaan Benar Liga-M 2021 Berlangsung

KUALA LUMPUR: Di sebalik ketidaktentuan dan ancaman pandemik COVID-19, Presiden Persatuan Jurulatih Bola Sepak Malaysia (PJBM) B. Sathianathan berharap saingan Liga Malaysia (Liga-M) 2021...

Sektor Perniagaan Di Sibu Perlu Pohon Permit Perjalanan Berkaitan Tugas

SIBU: Sektor perniagaan di sini perlu memohon permit polis untuk perjalanan berkaitan tugas semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kata Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Sibu. Jawatankuasa...

Pakar Perubatan Kanada Dakwa Ubat Gout Mampu Ubati COVID-19

OTTAWA: Sekumpulan pakar perubatan di Kanada mendakwa telah menemui ubat yang diambil secara oral yang dipercayai berkesan merawat COVID-19 dan mengurangkan risiko komplikasi penyakit...

Pesawat Bawa Pemain, Presiden Kelab Bola Sepak Brazil Terhempas

BRASILIA: Sebuah pesawat yang membawa presiden dan empat pemain sebuah kelab bola sepak Brazil terhempas sebentar tadi dalam kejadian di Tocantins. Dalam satu kenyataan pada...

Eurocham Malaysia Gesa Komuniti Perniagaan Patuhi SOP Elak Aktiviti Ekonomi Ditutup

KUALA LUMPUR, 24 Jan -- Dewan Perniagaan dan Industri Kesatuan Eropah (EU)-Malaysia (Eurocham Malaysia) berkata komuniti perniagaan harus memandang serius terhadap laporan media...

KUALA LUMPUR – Tan Sri Shahrir Samad berkata, Ahli Parlimen Johor Bahru, Akmal Nasir bercakap benar apabila mendakwa gaji yang diterima oleh pengerusi syarikat-syarikat milik kerajaan adalah sebanyak RM50,000 sebulan.

Cuma yang beliau tidak tahu adalah bayaran tersebut sebenarnya berlaku semasa pemerintahan Pakatan Harapan (PH) sahaja.

Veteran UMNO itu berkata, beliau percaya Akmal bercakap apa yang dia tahu dan apa yang dia tahu itu berlaku semasa PH menjadi kerajaan.

”Jadi, bila YB Akmal berkata seorang pengerusi agensi kerajaan dan GLC dibayar RM50,000 sebulan, ianya sebenarnya berlaku masa pemerintahan PH.

”YB Akmal bercakap benar. Hanya, YB Akmal tidak tahu bahawa PH sebenarnya lebih berbelanja besar atau lumayan berbanding BN (Barisan Nasional),” kata Shahrir yang mengulas penjelasan Pengerusi Prasarana, Datuk Tajuddin Abdul Rahman bahawa gajinya hanya RM8,000 dan bukan RM50,000.

Shahrir tidak menyalahkan Akmal apabila beliau menyatakan setiap pengerusi GLC dibayar gaji RM50,000 sebulan sehingga mengakibatkan perbelanjaan dana awam berjuta-juta ringgit.

Ini kerana, sebagai pemimpin muda PKR tempoh 22 bulan pentadbiran PH sudah cukup untuk beliau memahami semua aspek kerajaan.

Lagipun, sudah tentu pemimpin muda seperti Akmal juga banyak bertanya kerana orang muda suka hendak belajar, kata Shahrir lagi.

Beliau yakin penjelasan Tajuddin pastinya memeranjatkan Akmal kerana pemimpin UMNO selalu dicemuh sebagai tamak dan gilakan jawatan.

Tetapi hakikatnya mereka mengambil elaun yang lebih rendah daripada mereka yang pegang jawatan sama yang dipegang semasa pentadbiran PH.

Shahrir berkata, selaku Pengerusi Felda sebelum ini, beliau dibayar RM23,000 sebulan di atas keputusan lembaga pengarah tetapi beliau juga hanya mengambil RM8,000 dan baki RM15,000 itu dibayar kepada Yayasan Felda.

Berbanding dengan seorang tokoh korporat yang dilantik oleh PH sebagai Pengerusi Felda telah dibayar RM25,000 sebulan untuk bekerja dua hari di Felda dan dua hari lagi di sebuah lagi agensi kerajaan.

Maknanya, angka RM50,000 itu memang jumlah elaun bulanan seorang pengerusi agensi kerajaan atau GLC semasa PH, tambahnya.

Manakala seorang lagi dibayar RM50,000 sebulan.

Oleh itu, tidak hairan kerana pegawai-pegawai tertinggi Felda lantikan PH juga dibayar antara RM50,000 dan RM60,000 kerana mereka dari dunia korporat dan lantikan dibuat semasa kerajaan dahulu.

”Dan berbeza dari mereka dan orang PH, orang UMNO tetap meletakkan konsep ‘public service’ atau perkhidmatan awam sebagai prinsip utama dalam kerjaya politik mereka,” katanya.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

YBR Tampil Membantu Anak Kehilangan Bapa Akibat Pandemik Covid-19

CYBERJAYA - Kisah sedih seorang anak yang kehilangan bapa akibat pandemik Covid-19 telah menarik perhatian Yayasan Bank Rakyat untuk tampil meringankan beban Mohamad Nor...

Polis Tahan Ahli Armada Bersatu, Rampas 1.5 Kilogram Dadah

KUALA LUMPUR – Seorang ahli biro Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) yang disyaki mengedar dadah yang diproses sendiri di rumah berjaya dicekup oleh polis. Suspek...

‘Doakan Saya Masuk Syurga,’ Undang Rasa Sebak Pengerusi PIBG

KUALA LUMPUR - "Doakan saya masuk syurga." Demikian ayat ditinggalkan seorang pemuda yang juga penyumbang dana bagi pembinaan surau di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri...

Berita Berkaitan

Pemimpin Parti Dalam Kerajaan PN Puas Hati Penjelasan Mengenai Ordinan Darurat – PM Muhyiddin

KUALA LUMPUR - Pemimpin-pemimpin parti dalam kerajaan Perikatan Nasional berpuas hati dengan penjelasan dan perbincangan mendalam mengenai Ordinan Darurat, pengurusan darurat serta pengurusan pandemik...

UMNO tidak tunduk, dibuli atau dibeli – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mempertahankan bahawa UMNO bukan parti tidak sedar diri. Malah beliau menegaskan, UMNO bukan parti...

Majlis Presiden PN Berpuas Hati Penjelasan Ordinan Darurat, Pengurusan Darurat Serta Pandemik Covid-19 – PM

CYBERJAYA: Majlis Presiden Perikatan Nasional yang mengadakan mesyuarat pada petang tadi berpuas hati dengan penjelasan dan perbincangan panjang lebar mengenai Ordinan Darurat, pengurusan darurat,...