KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menziarahi pemain SelangorFC, Faisal Halim hari ini.
Menerusi catatan Instagram faisalhalim.7, beliau tidak menjangka menerima kunjungan bekas Perdana Menteri di kediamannya.
“Tidak pernah terjangka untuk menerima kunjungan dari insan hebat ini.
”Terima kasih Tun Dr. Mahathir Mohamad sudi meluangkan masa untuk menziarahi saya dan keluarga.
”InsyaAllah, saya akan terus cekal dan berusaha keras untuk kembali suatu hari nanti.
”Terima kasih semua kerana mendoakan.” Kata Faisal Halim.
Terdahulu, selepas mengharungi empat pembedahan sepanjang berada di hospital, Penjaring Gol Terbaik Piala Asia itu dibenarkan keluar hospital 25 Mei lalu.
Faisal pada 5 Mei lalu menjadi mangsa simbahan asid sulfurik pekat ketika berada di sebuah pusat beli belah di Damansara, Petaling Jaya