Pemimpin Umno Lantang Tegur Kerajaan, Itu Hak Sebagai Rakyat – Asyraf Wajdi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kelantangan beberapa pemimpin Umno menegur kerajaan sejak kebelakangan ini adalah menjalankan hak sebagai seorang rakyat.

Setiausaha Agung Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, menegaskan bahawa kelantangan yang disuarakan oleh pemimpin-pemimpin itu juga perlu didengari Kerajaan Perpaduan, hari ini.

“Baguslah semua orang lantang. Ia tanda di mana kekurangan perlu ditambah baik.

“Saya juga berharap semua rakyat kena lantang (bersuara) kerana ia adalah hak rakyat untuk mendapat kerajaan yang lebih baik,” katanya lapor BH pada Khamis.

Veteran UMNO, Tan Sri Shahrir Samad di Facebook semalam, semalam mengkritik Kerajaan Perpaduan yang didakwanya tidak cekap dalam pengendalian urus tadbir negara.

Beliau berkata, ketika menjadi pembangkang, ada parti yang sering mempertikaikan kerajaan tetapi apabila sudah menjadi kerajaan, tidak membuat kerja dengan baik.

“Bertahun sebagai Pembangkang asyik menyalahkan dasar dan strategi kerajaan, tapi bila sudah jadi kerajaan tidak pula tahu buat yang betul,” katanya yang turut memuat naik parodi memaparkan berita mengenai Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli.

“Bertahun sebagai pembangkang asyik menyalahkan dasar dan strategi kerajaan, tapi bila sudah jadi kerajaan tidak pula tahu buat yang betul,” sinisnya menerusi hantaran di Facebook pada Rabu.

Turut mengkritik adalah ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Isham Jalil yang menyifatkan, kejatuhan ringgit dan terus jatuh hingga memberi kesan buruk kepada kenaikan harga barang dan makanan negara yang kebanyakan bergantung kepada import.

“Rafizi kata kerajaan tidak bincang lagi pun tentang sama ada kerajaan akan campur tangan untuk mempertahankan ringgit. Dia kata kita bukan ada banyak rizab pun untuk mempertahankan ringgit.

“Saranan saya, kerajaan perlu bincang segera. Ringgit sudah lama jatuh dan terus jatuh dan ini memberi kesan buruk kepada kenaikan harga barang dan makanan yang banyak bergantung kepada import,” katanya menerusi perkongsian di Facebook, semalam.

Mengulas lanjut, Asyraf Wajdi berkata, kerajaan juga perlu mendengar pandangan serta kritikan yang membina untuk menambah baik kekurangan yang ada.

“Apa sahaja yang kurang, kita perlu memberi kritikan yang konstruktif.

“Untuk kerajaan pula, apa sahaja yang negatif mahupun positif, perlu diambil kira,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat