Acryl Sani Diraikan Dalam Majlis Paluan Berundur

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Suasana meriah namun sayu, mengakhiri persaraan Ketua Polis Negara ke-13, Tan Sri Datuk Acryl Sani Abdullah Sani yang bersara awal hari ini.

Beliau yang menabur bakti selama 37 tahun bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) diraikan pada Majlis Paluan Berundur, di Pusat Latihan Polis (Pulapol) di sini dihadiri lebih 500 pegawai kanan pengurusan tertinggi termasuk anggota keluarga.

Majlis yang bermula sekitar pukul 5.15 petang berkenaan dimeriahkan lagi dengan persembahan Pancaragam Pusat PDRM yang mengalunkan beberapa buah lagu serta deklamasi sajak selama sejam, sebelum majlis paluan berundur dimulakan.

Sebelum majlis berakhir, beliau bersama isteri, Puan Sri Ir. Zaitun Mohd Isa diarak menggunakan kenderaan rasmi pasukan PDRM.

Beliau sempat merakamkan ucapan penghargaan buat pengamal media atas sokongan yang diberikan sepanjang beliau berkhidmat.

”Rakan-rakan media, terima kasih kerana menyokong PDRM,” ujarnya kepada pemberita di sini, petang tadi.

Acryl Sani, 62, dilantik sebagai Ketua Polis Negara pada 4 Mei 2021 menggantikan tempat Tan Sri Abdul Hamid Bador.

Beliau dilahirkan pada 3 Oktober 1961 di Petaling Jaya, Selangor dan merupakan anak kedua daripada enam beradik.

Karier beliau bersama Sang Saka Biru bermula pada 2 Februari 1986 sebagai Kadet Asisten Superintendan Polis.

Antara jawatan yang pernah disandang beliau termasuk Timbalan Pengarah 1 Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman; Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (Siasatan/Perundangan), Bukit Aman dan Ketua Polis Kontinjen Terengganu, Sarawak serta Perak. – Kosmo

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat