Pemilik Akaun Facebook Tular Maklumat Tidak Tepat, Ditahan Polis

- Advertisement -

TASEK GELUGOR: Polis menahan tiga lelaki termasuk seorang pemilik akaun laman sosial Facebook yang bertindak menularkan berita tidak tepat mengenai kejadian kemalangan di Jalan Ara Kuda, di sini, Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor, berkata ketiga-tiga lelaki itu ditahan dalam serbuan berasingan yang diadakan tengahari hingga petang semalam.

Katanya, polis mengadakan tangkapan selepas dapat mengenalpasti pemilik akaun Facebook berusia 33 tahun dan merampas telefon pintar miliknya yang dipercayai, digunakan untuk memuatnaik maklumat berkenaan kejadian terbabit.

“Ketika disoal siasat, suspek mengaku memuatnaik maklumat berkenaan di akaun Facebook miliknya tanpa memeriksa dan menanti sebarang fakta yang jelas dari pihak berkuasa,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Noorzainy berkata, selepas itu, polis membuat tangkapan terhadap dua lelaki iaitu abang kepada pasangan kembar yang terbabit kemalangan, berusia 19 dan 29 tahun.

“Tangkapan dibuat kerana ketika di lokasi kejadian mereka cuba bertindak agresif dan tidak berpuas hati serta turut memberi komen negatif di Facebook.

“Salah seorang daripada suspek ini juga ada merakam kejadian bakar kenderaan terbabit, namun kedua-duanya masih enggan bekerjasama untuk memberi maklumat berkaitan pelaku yang membakar kereta terbabit,” katanya.

Dalam kejadian Jumaat lalu, kereta jenis Kia Spectra milik seorang wanita berusia 56 tahun dibakar kerana disangka, memandu dalam keadaan mabuk hingga menyebabkan pasangan beradik kembar cedera parah selepas dua motosikal dinaiki mereka bertembung dengan kenderaan peniaga sayur itu.

Bagaimanapun, ujian saringan awal pernafasan dijalankan ke atas wanita itu mendapati, dia memandu tanpa pengaruh alkohol, sebaliknya kejadian itu berlaku kerana dia mahu mengelak haiwan yang tiba-tiba melintas di hadapannya.

Insiden bertambah kusut apabila ada pihak yang menularkan berita dengan fakta tidak tepat hingga mencetuskan kemarahan warganet serta menimbulkan isu perkauman.

Noorzainy berkata, suspek pertama akan disiasat mengikut Seksyen 505(c) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 manakala dua lagi suspek akan disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat