Pak Nil menggigil cakap dengan Raja Permaisuri Agong

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Menyelit nama akaun Twitter yang digunakan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dalam lirik single baharu berjudul Apo, Datuk Aznil Nawawi berkongsi kisah di sebalik rakaman lagu berkenaan.

Aznil yang mesra disapa Pak Nil berkata, beliau mendapat perkenan Raja Permaisuri Agong untuk menggunakan nama akaun Twitter, Che Minah Sayang yang pernah digunakan Baginda, dalam lirik single baharu itu.

Aznil berkata, beliau memohon perkenan Raja Permaisuri Agong pada 4 Jun lalu.

“Pada mulanya, saya melayangkan mesej langsung di Instagram Raja Permaisuri Agong untuk memohon kebenaran memetik nama akaun Twitter dalam lirik lagu.

“Selepas mendapat balasan nombor untuk dihubungi, saya menelefon Raja Permaisuri Agong. Punyalah gementar sampai menggigil hendak bercakap dengan Baginda.

“Bayangkan, saya boleh tersasul sekejap bahasakan diri ‘patik’ dan sekejap ‘saya’,” katanya yang turut membuat permohonan bertulis dengan mengutus surat memohon perkenan mengikut protokol kepada Istana Negara.

Aznil bersyukur selepas dipersembahkan niatnya itu, Raja Permaisuri Agong memberi perkenan.

Aznil yang pernah memenangi trofi Pengacara Televisyen (TV) Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) sebanyak 10 kali mengaku terbayang andai dapat menggunakan rakaman suara Baginda dalam single berkenaan.

“Kalau saya mendapat perkenan menggunakan rakaman suara Raja Permaisuri Agong, lagilah saya rasa beruntung. Namun, saya tahu, perkara ini bukan mudah kerana membabitkan protokol.

“Namun, andai dapat Raja Permaisuri Agong mencemar duli melancarkan single ini bulan depan, bertambah istimewalah jadinya acara itu.

Mengangkat tema anti buli siber, Aznil yang sudah 12 tahun tidak merakamkan lagu, tampil dengan single Apo yang bakal dilancarkan pada 17 Julai ini. Foto Zaidi Mohamad
Mengangkat tema anti buli siber, Aznil yang sudah 12 tahun tidak merakamkan lagu, tampil dengan single Apo yang bakal dilancarkan pada 17 Julai ini. Foto Zaidi Mohamad

“Kalau sebelum ini, dapat bercakap dengan Baginda saya sudah rasa kaki tak cecah tanah, bayangkan jika Raja Permaisuri Agong berangkat pada hari pelancaran lagu ini pula,” katanya.

Mengikut perancangan, Aznil akan melancarkan single Apo ciptaan Archie Nasution dan Reza Ramsay pada 17 Julai ini.

Lirik single berkisar kes buli siber itu nukilan Aznil selepas 12 tahun tidak muncul dengan lagu baharu. Projek single Apo direalisasikan atas inisiatif Yayasan Pesona yang diasaskan Aznil dengan kerjasama Scifi Record dan Sony Music.

Mengulas mengenai single Apo, Aznil berkata, dia bukan mahu berentap dengan dengan karya lain, jauh sekali menyertai mana-mana pertandingan.

“Saya tidak anggap single ini sebagai kemunculan semula dalam dunia nyanyian. Saya bukan penyanyi serius. Saya penyanyi ‘fun’ dan santai.

“Lagu ini lebih kepada tanggungjawab sosial saya ketika kes buli siber terus bermaharajalela tanpa kawalan. Warganet dan wira papan kekunci dilihat terus melontarkan kata nista dan kecaman.

“Ada juga yang mengejek fizikal atau tubuh, rasis, mempersenda agama, politik dan bermacam-macam lagi,” katanya.

Aznil berharap single Apo dapat menarik perhatian kementerian atau mana-mana agensi untuk menjalin kerjasama memerangi kes buli siber.

Sabtu lalu, Aznil menganjurkan sesi pra dengar single Apo kepada kumpulan media di Port Dickson, Negeri Sembilan.

Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat