Lagenda Bolasepak Iraq Meninggal Dunia

- Advertisement -

IRAQ: Satu-satunya pemain bolasepak Iraq yang pernah menjaringkan gol untuk negara itu dalam pusingan akhir Piala Dunia, Ahmad Radhi, meninggal dunia pada usia 56 tahun semalam.

Ahmad Radhi menyumbang satu gol untuk Iraq dalam perlawanan pusingan pertama kumpulan Piala Dunia 1986 ketika menentang Belgium di Mexico City.

Walaupun Iraq kalah 2-1 dalam perlawanan tersebut, tapi gol yang disumbangkan Ahmad Radhi, kekal sebagai satu-satunya gol yang pernah dijaringkan pemain Iraq dalam sejarah penyertaan negara itu ke Piala Dunia setakat ini.

Selain itu, Ahmad Radhi juga pernah menjadi Pemain Terbaik Asia 1988, menjaringkan 62 gol dalam 121 perlawanan di peringkat antarabangsa serta pernah diletak di ranking ke-9 dalam senarai pemain Asia abad ini oleh IFFHS.

Allahyarham turut berjaya membantu Iraq menang 2 kejuaraan Piala Teluk pada tahun 1984 dan 1988. Sebaik bersara dari bolasepak, Allahyarham menceburi bidang politik tapi gagal dalam beberapa percubaan untuk menjadi ahli parlimen negara itu.

Takziah dan Al-Fatihah – AlJazeera

Kredit foto: Twitter FIFA

Olahan dan terjemahan: SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat