Pas kaji kerjasama politik dengan Bersatu, sabar ada batas – Hadi Awang

KUALA LUMPUR – Pas sedang meneliti semula hubungan dan kerjasama politik dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menjelang Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16), termasuk kemungkinan bergerak tanpa parti itu sekiranya gagal mencapai kata sepakat.

Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, semua aspek melibatkan hubungan antara kedua-dua parti dalam Perikatan Nasional (PN) dikaji secara menyeluruh berdasarkan pengalaman pilihan raya lalu.

Tegas Hadi, Pas mengambil pendekatan berhati-hati dan tidak mahu membuat keputusan terburu-buru.

Namun beliau mengakui, tahap kesabaran parti itu ada batasnya,” kata memetik Utusan pada Jumaat.

“Kita akan kaji satu persatu apa yang akan berlaku selepas ini.

“Semua aspek akan dilihat termasuk kesan positif dan negatif terhadap kerjasama sedia ada.

“Kita sabar, kita tidak kecewa tetapi sabar ada batas,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Kuliah Dhuha di Rusila, di Marang.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat