Rafizi ditawar ‘hijrah’ jadi ahli Bersatu Terengganu

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Rafizi Ramli dipelawa berpindah keahlian parti dari PKR kepada Bersatu.

Ketua Bersatu Terengganu Datuk Razali Idris secara terbuka menjemput Rafizi yang juga anak kelahiran Kemaman, Terengganu untuk menyertai parti pembangkang Bersatu.

“Insya-Allah kita boleh pertimbang kalau saudara Rafizi berminat hijrah untuk menjadi Ahli Bersatu Terengganu,” tulis Razali di Facebooknya pada Khamis.

Sebelum ini, Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli menyatakan kesediaannya untuk melepaskan jawatan sebagai Menteri Ekonomi sekiranya gagal mempertahankan jawatannya dalam pemilihan parti yang akan datang.

Dalam siaran langsung podcast Yang Bakar Menteri, Rafizi berkata kekalahan dalam pemilihan tersebut akan memberikan ruang kepadanya untuk lebih bebas bersuara dan tidak lagi terikat dengan kekangan sebagai anggota pentadbiran.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat