Konsert “Oh Irama Oh Nyawa” Kugiran Wak Jeng bakal beraksi pada 1 Jun ini.

- Advertisement -

Bertempat di Warisan Hall Studio, Sekijang, Selangor bakal berlangsung sebuah Konsert yang diinspirasikan dengan daripada kumpulan kugiran “Wak Jeng” yang diberi judul “OH IRAMA OH NYAWA”, konsert ini adalah konsert pertama Kugiran Wak Jeng yang berskala besar bagi Chintakarya Production.

Konsert ini disokong Kementerian Komunikasi dan MyCreative Ventures di bawah Dana Persembahan Muzik dan Dana Kandungan Digital (DKD) Industri Muzik Tahun 2023.

“OH IRAMA OH NYAWA” akan diadakan pada 1 JUN 2024 bertempat di Warisan Hall Studio, Sekijang Selangor yang akan bermula tepat pada pukul 9 malam. 

Chintakarya Production memilih venue ini kerana ingin memberi peluang dan menemui peminat serta penonton di sekitar Lembah Klang kerana kegiatan persembahan Kugiran Wak Jeng banyak tertumpu di Batu Pahat dan sekitar negeri Johor.

Persembahan Kugiran Wak Jeng dalam konsert ini tidak seperti kemunculan biasanya dalam bentuk kombo muzik (kugiran biasa). Konsep Konsert Oh Irama Oh Nyawa ingin menampilkan sebahagian lagu-lagu Kugiran Wak Jeng dalam bentuk persembahan mini orkestra dengan kolaborasi bersama beberapa string musicians profesional tempatan.

Harga tiket ditawarkan ialah RM50.00 untuk dewasa, RM25.00 untuk umur 7 hingga 12 tahun dan percuma untuk 6 tahun dan ke bawah.

Kumpulan “Kugiran Wak Jeng” ini ditubuhkan semasa negara dilanda wabak dan pandemik covid-19. Dalam tempoh perintah kawalan pergerakan dan semua orang kekal duduk di rumah demi keselamatan, Kugiran Wak Jeng sering muncul dan tidak jemu menghiburkan masyarakat secara online.

Lagu-lagu yang disampaikan banyak berkisar pesanan dan kasih sayang kepada masyarakat serta mengambil berat mengenai keselamatan dan kesihatan orang-orang yang kita sayangi.

Kumpulan Kugiran Wak Jeng dibarisi oleh Mohamad Shafiq bin Selamat (Wak Jeng),  Mohamad Sahri bin Selamat, Nurliyana binti Mohd Faudzi, Mohd Fauzi bin Haron,  Mohd Fhariz bin Jofri, Asnah binti Ali,  Elisa binti Ramli (backup vocal), Amri bin Mohd Saim (backup vocal), Nur Afiqah Kamilah binti Abdul Karim (backup vocal).

Jadi jangan terlepas untuk menyaksikan persembahan yang pasti menghiburkan daripada Konsert “OH IRAMA OH NYAWA”. 

Tiket berharga Dewasa RM50.00, 7-12 Tahun : RM25.00, 6 tahun & ke bawah: Percuma



-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat