Tiada Lagi Subsidi Haji, Elektrik Buat T20 – PM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Golongan berpendapatan tinggi atau T20 tidak lagi akan menikmati sebarang subsidi sama ada untuk penggunaan elektrik atau menunaikan haji.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Pangkalan Data Utama (PADU) iaitu sistem penyelarasan data yang dijangka siap menjelang akhir hujung tahun ini akan menyelaras penilaian agihan subsidi kepada golongan yang layak.

“Kita tidak naikkan kadar elektrik melainkan kepada T20. Untuk T20 saja iaitu rumah besar (didiami T20), tidak akan diberi subsidi elektrik dan pangkalan data utama PADU akan dapat menyelaraskan semua.

“Bantuan kewangan haji kepada B40 kita tambah, tetapi kepada T20 tidak ada lagi tambahan dan subsidi dari kerajaan.

“Mereka (T20) harus tanggung kos sepenuhnya haji kerana mereka mampu (bayar),” katanya pada sesi soal jawab lisan pada hari pertama persidangan Dewan Rakyat pada Isnin.

Anwar yang juga Menteri Kewangan menjawab soalan Datuk Seri Hamzah Zainuddin (PN-Larut) yang mahu mengetahui dasar-dasar baharu dan drastik yang sudah dilaksanakan sejak memimpin Malaysia bagi melonjakkan ekonomi negara, dengan mengambil kira risiko penguncupan ekonomi dunia.

Kredit foto: Yahoo Financd

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat