China curi bangkai kapal di Laut China Selatan?

- Advertisement -

Kuala Lumpur – Keberanian syarikat China terus terserlah apabila terbongkar tindakan mereka mencuri bangkai kapal Perang Dunia Ke-2 yang karam di perairan negara.

Pendedahan dibuat pemilik akaun Twitter @Hfnz9 menunjukkan gambar aktiviti mencuri bangkai kapal itu yang didakwa sudah berlaku sejak beberapa tahun lepas berdasarkan rakaman video daripada sebuah akaun TikTok.

Bangkai kapal yang diangkut dari laut secara haram itu dipercayai adalah Kapal HMS Prince of Wales yang karam dibom tentera Jepun pada 10 Disember 1941.

Seorang pengguna Twitter turut memberi maklumat kepada @Hfnz9 bahawa kapal skrap terlibat adalah milik syarikat China, Fujian Ya Rui Marine.

Bangkai kapal HMS Prince of Wales dan HMS Repulse tenggelam di 60 batu nautika dari Tanjung Gelang, Kuantan.

Pada 2014, terdapat cubaan mencuri bangkai kapal HMS Repulse oleh sekumpulan nelayan Vietnam tetapi berjaya digagalkan oleh Tentera Laut Diraja Malaysia.

Bagaimanapun, tiada tindakan lanjut dapat diambil kerana kawasan itu tidak diwartawakan sebagai kawasan dilindungi.

“Kita memang ada tahan tetapi tindakan lanjut tidak dapat diambil terhadap penceroboh. Kita minta agensi berkenaan mewartakan kawasan ini terlebih dulu (sebagai kawasan warisan dilindungi).

“Bagaimanapun, kita sering membuat rondaan di sekitar perairan pantai timur termasuk kawasan kapal perang tenggelam yang ada di Pahang, untuk memantau segala aktiviti mencurigakan terutama oleh nelayan asing,” kata Ketua Penguatkuasa Maritim Wilayah Timur, Laksamana Pertama Maritim Datuk Nasir Adam.

Bangkai kapal tinggalan Perang Dunia Kedua mempunyai nilai sejarah dan ketenteraan penting yang boleh dianggap sebagai warisan negara.

Pada 2008, Datuk Seri Najib Razak yang ketika itu timbalan perdana menteri pernah mencadangkan supaya inisiatif diambil bagi menjadikan tempat tenggelam kapal sebagai kawasan warisan dilindungi. Bagaimanapun, setakat ini tiada tindakan dibuat.

@Hfnz9 turut mendedahkan Jabatan Warisan Negara sudah menghubunginya, bertanyakan tentang aduan dibuat berkaitan kes berkenaan, walaupun tiada tindakan lanjut dicadangkan akan diambil.

Pemerhatian pada 19 May turut mendapati akaun TikTok berkenaan sudah memadamkan semua video aktiviti skrap dibuat kapal China itu di kawasan perairan negara.
Ref:

1. https://twitter.com/Hfnz9/status/1658866126624010240?t=FFKjovFI6ZJV64tJlF-cKw&s=08
2. https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2014/12/                              23245/khazanah-warisan-dicuri

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat