Konsert Barbarik Peluru Cokelat bakal gegarkan Zepp KL

- Advertisement -

Cyberjaya, 22 April 3035– Selepas tiga tahun menapak di medan muzik tanah air, band rock BARBARIK akhirnya tampil dengan konsert berskala besar yang paling dinanti-nantikan — BARBARIK PENTAS PELURU COKELAT. Konsert ini bakal berlangsung di lokasi berprestij, Zepp Kuala Lumpur, pada Sabtu, 28 Jun 2025, jam 8.30 malam.

Konsert ini bukan sekadar persembahan rutin, sebaliknya menjadi titik kemuncak kepada pelancaran album sulung mereka PELURU COKELAT, yang lahir pada 9 November tahun lalu. Kali ini, BARBARIK bukan lagi membawa lagu-lagu lama dari era terdahulu, tetapi tampil dengan sepenuhnya karya asli mereka sendiri — sesuatu yang mengukuhkan identiti muzik mereka sebagai band rock moden dengan akar klasik yang kukuh.

“Jika sebelum ini kami menyampaikan lagu-lagu semasa era Muss bersama Wings, kini tiba masanya untuk kami berdiri dengan karya sendiri. Konsert ini adalah tentang siapa BARBARIK sebenarnya,” ujar JoBranko, pemain gitar dan salah seorang penggerak utama band ini.

BARBARIK, yang dianggotai oleh Muss (vokalis), JoBranko (gitar), Rozaimi (bass), dan Ainol (dram), sudah mencipta nama menerusi konsert-konsert terdahulu seperti BARBARIK PENTAS KERAS 1.0 (2022), DOUBLE TROUBLE 2: SEARCH X BARBARIK (2023), dan yang terbaru, PENTAS KERAS 3.0 (2024). Namun, konsert kali ini lebih istimewa kerana ia menjadi pentas pertama di mana lagu-lagu daripada album PELURU COKELAT akan dimainkan secara penuh.

Konsert berdurasi dua jam ini dijanjikan penuh intensiti — sekitar 20 buah lagu bakal didendangkan, merangkumi gabungan lagu-lagu baru dan sedikit selingan lagu lama yang membina naratif perjalanan muzik mereka. Peminat dijanjikan elemen kejutan dari permulaan hingga akhir.

“Kami nak semua orang rasa seolah-olah mereka sedang masuk ke dalam dunia BARBARIK. Persembahan ini bukan sekadar muzik, tapi pengalaman total,” tambah JoBranko.

Konsert ini dibawakan oleh Karri Talk Production, dengan kerjasama penganjur bersama Pentas Barbarik Sdn. Bhd. Harga tiket bermula serendah RM150 (CAT 1 Free Standing) hingga pakej eksklusif VIP BOX + Meet & Greet bernilai RM8,000. Tiket boleh didapati menerusi ilassotickets.com.

Maklumat Konsert:

  • Acara: BARBARIK PENTAS PELURU COKELAT
  • Tarikh: 28 Jun 2025 (Sabtu)
  • Masa: 8.30 malam
  • Lokasi: Zepp Kuala Lumpur
  • Penganjur: Karri Talk Production & Pentas Barbarik Sdn. Bhd.

Harga Tiket:

  • CAT 1 Free Standing – RM150
  • CAT 2 VVIP Seating – RM380
  • CAT 3 VIP Seating – RM280
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat