Kes Covid-19 Meningkat, 2,875 Jangkitan Baru Hari Ini – Dr Noor Hisham

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Jumlah kes harian COVID-19 di negara ini semakin meningkat dan menghampiri 3,000, apabila 2,875 kes dilaporkan hari ini dengan Kelantan mencatatkan kes baharu tertinggi iaitu 662.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi Twitter rasminya memaklumkan, jumlah kumulatif kes kini 384,688, manakala tujuh lagi kematian direkodkan, menjadikan jumlah kematian akibat pandemik itu di Malaysia kini 1,407.

Sementara itu, 2,541 lagi kes sembuh dicatatkan, manakala jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan kini 22,014.

Selangor menjadi negeri kedua mencatatkan kes baharu tertinggi dengan 633 kes diikuti Sarawak (474) dan Kuala Lumpur (332), manakala Perlis tidak merekodkan kes baharu hari ini.

Sejumlah 169 kes direkodkan di Johor, diikuti Sabah (160), Pulau Pinang (144), Kedah (91), Negeri Sembilan (55), Perak (49), Melaka (42), Pahang (29), Terengganu (22), Putrajaya (10) dan Labuan (3).

Katanya sejumlah 248 kes dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 115 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan. – Bernama

author avatar
Mohd Faizul
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat