Ingatkan Rakyat, PN Ini Kerajaan Pintu Belakang – Mat Sabu

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Mohamad Sabu mengingatkan ahlinya supaya mempersiapkan diri dengan hujah-hujah untuk memberi penerangan kepada rakyat bahawa kerajaan Perikatan Nasional yang mentadbir negara hari ini adalah kerajaan pintu belakang.

Bekas Menteri Pertahanan itu dalam satu kenyataan hari ini berkata, kerja-kerja memberi penerangan tersebut perlu dimulakan pada 28 April ini.

“Bermula 28 April ini, seluruh ahli AMANAH perlu kembali melaksanakan tugas siasah dengan lebih kuat lagi dan memperkasakan strategi penerangan.

“Rakyat perlu terus diingatkan bahawa kerajaan yang ada pada hari ini adalah bukan diperolehi melalui mandat rakyat tetapi melalui pintu belakang.”

Menurut beliau, yang juga dikenali dengan panggilan Mat Sabu itu turut mendakwa, ketika dalam kerajaan Pakatan Harapan sebelum ini, mereka teruk diserang oleh musuh-musuh politik parti itu.

“Namun sekarang ini, parti Islam yang menghentam AMANAH itu, kini sudah ditampuk kuasa walaupun melalui pintu belakang.

“Maka tugas untuk membawa dan meluluskan Akta 355 kini menjadi tanggungjawab parti Islam dan tentunya ia menjadi lebih mudah kerana mereka adalah sebahagian daripada kerajaan.

“Kepada seluruh pemimpin dan ahli AMANAH, persiapkan hujah untuk tugas yang lebih berat bermula 28 April ini,” katanya. SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat