Empat pelajar Malaysia cipta sejarah di Bangkok, puji semangat inovasi anak muda – Ramanan

KUALA LUMPUR — Empat pelajar Malaysia mencipta sejarah tersendiri apabila berjaya mengharumkan nama negara di pentas antarabangsa menerusi kejayaan cemerlang dalam pertandingan Bangkok Innovation Awards.

Kejayaan itu mendapat perhatian Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Ramanan Ramakrishnan yang menzahirkan rasa bangga terhadap pencapaian luar biasa pasukan pelajar berkenaan.

Menurut beliau, pasukan tersebut berjaya meraih dua pingat emas selain menduduki Tempat Kedua dalam Kategori Kejuruteraan bagi Sekolah Rendah, sekali gus membuktikan keupayaan anak muda Malaysia bersaing di peringkat global.

“Ini adalah bukti jelas bahawa pelajar Malaysia memiliki bakat, kreativiti serta daya inovasi yang tinggi sehingga mampu mencipta kejayaan di pentas antarabangsa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Empat pelajar yang mencatat kejayaan itu ialah Ilaneyan Yuvarajan, Theerchanna a/p Muniandy dari SJKT KO Sarangapany, serta Ilanarun Yuvarajan dan Elamaaran a/l Muniandy dari SMK Sultan Badlishah.

Ramanan berkata, pencapaian tersebut bukan sahaja membanggakan negara, malah menjadi simbol keupayaan generasi muda dalam mengangkat martabat Malaysia melalui bidang inovasi dan pendidikan.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Sungai Buloh itu turut merakamkan penghargaan kepada ibu bapa pelajar yang sentiasa memberi sokongan padu, termasuk hadir ke Bangkok bagi memberikan semangat kepada anak-anak mereka.

“Di sebalik kejayaan ini, terdapat pengorbanan besar daripada keluarga. Sokongan mereka menjadi pemangkin utama kepada kecemerlangan anak-anak ini,” ujarnya.

Beliau turut menghargai peranan guru-guru yang telah membimbing para pelajar sehingga berjaya mencipta kejayaan di peringkat antarabangsa.

Mengimbau detik bermakna bersama pelajar tersebut, Ramanan berkata beliau tersentuh apabila diminta menurunkan tandatangan sebagai kenangan oleh mereka.

“Saya menganggapnya sebagai satu penghormatan dan sempat menitipkan kata-kata semangat agar mereka terus melakar kejayaan lebih besar pada masa hadapan,” katanya.

Beliau berharap kejayaan ini akan menjadi inspirasi kepada lebih ramai pelajar Malaysia untuk berani meneroka bidang inovasi serta terus mengharumkan nama negara di persada dunia

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat