Lelaki dipenjara 6 bulan, denda RM12,000 berkait hina Islam isu stoking

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara enam bulan dan denda RM12,000 oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Jumaat.

Ini selepas mengaku bersalah memuat naik hantaran menghina Islam berhubung penjualan stoking mengandungi kalimah Allah di media sosial.

Chiok Wai Loong, 35, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya oleh jurubahasa di hadapan Hakim Suzana Hussin.

Hakim turut memerintahkannya dipenjara tiga bulan lagi jika gagal membayar denda berkenaan.

Tertuduh sebelum itu dilaporkan ditahan polis di Cheras, Kuala Lumpur semalam, lapor FMT.

Dalam hantaran di Facebooknya, Wai Loong mempersendakan kemarahan orang Islam terhadap penjualan stoking kalimah Allah.

“Logo macam Nike so famous kalau you orang tak marah mungkin banyak (ramai) orang masuk Islam juga. Bukan pijak kat lantai pun, Tuhan kamu tak boleh terima kaki kamu? katanya.

Sebelum ini timbul kontroversi apabila gambar stoking yang dijual di kedai KK Mart Bandar Sunway, tular di media sosial Rabu lalu, sekali gus menimbulkan kemarahan masyarakat Islam dan mencetuskan gesaan untuk memboikot oleh Pemuda Umno.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat