Tetap Bersama UMNO, Pegangan Utama Dalam Apa Jua Keadaan – Hishammuddin

- Advertisement -

CYBERJAYA – Bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein hari ini menegaskan pendiriannya akan tetap bersama membantu parti dalam kapasiti dirinya, walaupun tidak berada dalam barisan utama kepimpinan UMNO.

Memetik laporan Awani, Ahli Parlimen Sembrong itu, yang digantung keahlian daripada UMNO selama enam tahun, berkata beliau berpegang teguh bahawa perkara yang penting adalah parti.

“Insya-Allah secara peribadi, saya tetap bersama-sama membantu parti dalam kapasiti diri saya.

“Saya berpegang teguh, perkara yang penting adalah parti dan ia sentiasa menjadi pegangan utama saya dalam apa jua keadaan sekalipun,” kata Hishammuddin.

Dalam pada itu, bekas Menteri Pertahanan itu turut berharap barisan kepimpinan baharu yang dipilih dan dilantikan pada Pemilihan UMNO 2023-2026, menjalankan amanah dan tanggungjawab mereka.

“Pemilihan UMNO bagi penggal 2023-2026 telah pun melabuhkan tirai. Walaupun tidak dapat bersama kali ini, namun saya mengikuti rapat perkembangan pemilihan sepanjang ianya berlangsung.

“Saya ucapkan terima kasih kepada seluruh ahli akar umbi yang telah menjalankan tanggungjawab. Yang menang, tidak menang semuanya dan yang kalah tidak kalah semuanya.

“Peliharalah parti ini dengan baik. Semestinya cabaran di depan lebih besar dan menduga,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat