Malaysia dan OIC Mulakan Langkah Tangani Isu Islamophobia

- Advertisement -

CYBERJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dalam lawatan sulungnya ke Arab Saudi, memulakan usaha mengajak negara Islam menangani pelbagai isu dihadapi umat secara lebih berkesan, lapor portal BH.

Laporan itu berkata, pada lawatan rasminya ke Arab Saudi, Perdana Menteri dijangka bertemu wakil Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) esok, yang mana Malaysia adalah negara anggota yang aktif, boleh memulakan langkah ke arah itu antara lain mengenai isu Islamophobia dan nasib negara Palestin.

Beliau akan membangkitkan isu Islamophobia yang perlu diatasi sebelum ia menjadi tidak terkawal dan menegaskan pada masa ini berada pada tahap yang berbahaya.

“Sentimen anti-Islam dan anti-Muslim adalah di luar kewarasan, lebih-lebih lagi ia dicetuskan oleh sesetengah pihak tidak bertanggungjawab di Barat.

“Perlu ada keazaman pada peringkat antarabangsa untuk mengatasinya dan mengambil pendirian yang tegas menentang perkara ini,” katanya.

Malaysia dan delegasi OIC yang diketuai oleh Setiausaha Agungnya, Hissein Bharim Taha, juga akan berbincang mengenai isu Afghanistan, terutama mengenai peluang pendidikan yang terhad dalam kalangan wanita di negara itu.

Tambah laporan itu lagi, Anwar juga akan menyentuh supaya lebih banyak usaha dilakukan untuk menyokong perjuangan Palestin.

Katanya, Malaysia dan OIC boleh memberikan lebih komitmen untuk membantu Palestin.

Beliau berkata Malaysia juga akan memaklumkan kepada delegasi OIC untuk juga melihat isu di Afghanistan supaya golongan wanita di sana diberi lebih peluang terhadap pendidikan.

“Mereka boleh memilih sistem (pentadbiran) yang disukai, tetapi mereka tidak boleh menafikan hak wanita terhadap pendidikan. Ini adalah mesej kita,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat