Najib dibenarkan jalani rawatan di HKL

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengesahkan Jabatan Penjara memberikan kebenaran kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjalani rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) berkait kesihatannya.

Beliau berkata itu adalah permohonan biasa dan dibolehkan Jabatan Penjara untuk memberi pelepasan dalam tempoh tertentu.

“Semalam Ketua Pengarah Penjara maklumkan saya, benar beliau (Najib) dibawa ke hospital untuk menjalani rawatan yang bersabit dengan kesihatannya. Itu permohonan biasa dan dibolehkan Jabatan Penjara memberi pelepasan dalam tempoh tertentu.

“Bergelar tahanan sekali pun tidak menghilangkan haknya untuk mendapatkan rawatan. Itu kaedah Jabatan Penjara menguruskan hal seperti ini,” katanya pada sidang media selepas Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN) di Putrajaya pada Rabu.

Lapor BH, Najib dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) sejak beberapa hari lalu dipercayai mengalami jangkitan pada paru-paru.

Sebelum ini Najib pernah dimasukkan ke hospital kerana mengalami ulser kronik tahun lalu.

Najib mula menjalani hukuman penjara pada 23 Ogos tahun lalu selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta yang dihadapinya dalam kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat