Apa Rasional Kementerian Wilayah Persekutuan Kini Sekadar Sebuah Jabatan? – Hisamudin

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pengecilan peranan Kementerian Wilayah Persekutuan dilihat akan menyebabkan kerajaan sukar mentadbir Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

Ahli Dewan Negara Senator Datuk Mohd Hisamudin Yahaya membangkitkan persoalan apakah rasional kerajaan bertindak memperkecil peranan Kementerian Wilayah Persekutuan yang menjaga hal ehwal ketiga-tiga wilayah berkenaan dan kini menjadikannya sebagai sebuah jabatan.

“Sedangkan banyak lagi isu dan masalah yang besar dihadapi oleh rakyat yang belum diselesaikan.

“Saya berpandangan bahawa pengecilan peranan kementerian ini akan menyebabkan Kerajaan sukar untuk
mentadbir ketiga-tiga Wilayah Persekutuan ini,” katanya di Dewan Negara pada Rabu.

Hisamudin yang juga Ketua Penerangan Umno Putrajaya turut membangkitkan isu banjir kilat yang semakin kerap berlaku di Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Susulan masalah itu, beliau mencadangkan supaya kolam takungan banjir ditambah dan kolam takungan yang sedia ada didalamkan supaya aliran air dapat dilarikan dengan kadar lebih cepat bagi mengelakkan banjir kilat di Putrajaya.

Selain itu katanya lagi, isu sewa kedai di Putrajaya yang dinilai sangat membebankan peniaga.

“Saya memohon Perbadanan Putrajaya untuk menyatakan secara jelas kadar sewa yang ditetapkan di medan selera yang beroperasi di Putrajaya.

“Ini adalah berikutan wujudnya rungutan daripada peniaga mengatakan kadar sewa agak tinggi menyebabkan mereka terpaksa menaikkan harga makanan mereka. Oleh itu, saya ingin bertanya kepada pihak Perbadanan Putrajaya, adakah mereka sanggup menyemak semula kadar sewa yang sedia ada bagi memastikan keadilan kepada rakyat Putrajaya,” tegas Hisamudin.

Seterusnya beliau membangkitkan isu parkir dan beliau mencadangkan agar Perbadanan Putrajaya menaiktarafkan tapak parkir yang sedia ada kepada bangunan parkir bertingkat secara berperingkat dan dari Presint ke Presint.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat