SOP konsert tak jelas, Noh Salleh ‘sabarkan hati’

Kuala Lumpur: Penyanyi Noh Salleh mengakui keinginannya untuk kembali beraksi dalam konsert memuncak, namun pada masa sama bimbang melanggar prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

Penyanyi kumpulan Hujan ini berkata kebenaran untuk mengadakan konsert dengan mengikut SOP, agak tidak jelas.

“Mereka hanya cakap boleh buat konsert dengan mengikut SOP, tapi tidak diperincikan sepenuhnya.

“Banyak benda yang mereka boleh saman kita bila-bila masa, kalau mereka nak.

“Saya seorang yang memanfaatkan persembahan untuk keseronokan peminat,” katanya.

Menurut Noh, dia tidak mahu peminat yang hadir menonton nanti akan menanggung beban dengan kompaun dikenakan.

“Dahlah mereka (peminat) kena bayar bila datang tengok show, selepas itu kena saman pula nanti.

“Jadi, baiklah tunggu dulu sehingga bendanya jelas,” katanya yang ditemui pada sidang media pelancaran Kopstar Got Milk Charity Virtual Run 2021, baru-baru ini.

Menerusi pembabitannya dalam Kopstar (Koperasi Industri Muzik Malaysia Berhad), Noh akan mempromosikan program larian awam secara virtual (virtual run) bagi mengutip dana untuk golongan kurang bernasib baik.

Dalam perkembangan lain Noh berkata, untuk perancangan tahun ini, Hujan akan tampil dengan kaset yang memuatkan kompilasi lagu-lagu yang dinyanyikan ketika persembahan.

“Lagu-lagunya dikira sangat diingati oleh Raingers (peminat) kami. Peminat sejati Hujan pasti tahu lagu-lagu ini.

“Kaset ini akan memuatkan 14 lagu dan sudah siap sepenuhnya, selain kami juga hasilkan t-shirt khas bersama album ini.

“Sememangnya cara Hujan apabila keluarkan album mesti akan buat yang terbaik. Tajuk album ini ialah Riot dan ia dihasilkan secara khas dalam bentuk kaset sebagai ‘koleksi’ untuk simpanan,” katanya.

Topik Hangat

Lompat parti tak salah, SPRM tak berhak siasat – Azam Baki

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak boleh melakukan siasatan ke atas ahli politik yang lompat parti kerana ia tidak menyalahi undang-undang...

‘Alhamdulillah aku dah cerai’ – Bekas suami Zarina Anjoulie

Kuala Lumpur: Bekas suami Zarina Anjoulie, Eilyas Azhar mengakui sudah menceraikan pelakon itu hari ini. Eilyas menerusi hantaran di Instagram Story mengakui bersyukur dengan penceraian...

Hamid Dedah Hamzah Mahu Guna Cawangan Khas Untuk Kepentingan Politik : Laporan

KUALA LUMPUR - Bekas Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Abdul Hamid Bador mendakwa wujud campur tangan Menteri Dalam Negeri (MDN) untuk menentukan jawatan...

Berita Berkaitan

Ramai Instafamous tak berbakat dalam lakonan

Kuala Lumpur: Penerbit Jaja Ishak tidak bersetuju dengan trend pempengaruh (instafamous) yang dipilih sebagai pelakon. Jaja berkata, dia seboleh mungkin cuba mengelak kerana ramai lagi...

Terima kasih bantu Khalis

Kuala Lumpur: "Alhamdulillah banyak pihak perubatan Islam yang bantu dengan rawatan secara jarak jauh. Juga iringan doa daripada sahabat dan peminat serta rakyat Malaysia, keadaan...

Himaya, artis jayakan kempen anti buli siber

Kuala Lumpur: Menyedari masalah buli siber yang semakin parah, Ketua Pegawai Operasi Anggun Kirana Sdn Bhd dan Pengasas Himaya Premium Hijab Medical Mask, Datuk...