‘Job sana sini, menyusahkan orang!’

Kuala Lumpur: Penerbit Fadzil Teh menempelak sikap pelakon atau artis yang dianggap tamak dalam mengaut tawaran berlakon sehingga menyusahkan pihak produksi dan pelakon lain.

Fadzil berkata, perkara itu perlu diberi perhatian oleh pihak stesen televisyen yang memilih pelakon utama bagi membintangi sesebuah drama.

“Pihak TV kena tengok masalah artis utama yang diberi tanggungjawab. Sebelum peggambaran semua okay, apabila sudah mulakan penggambaran jadual lintang pukang dan ke sana ke sini.

“Mereka yang menjadi mangsa, artis lain yang watak pembantu dan kru produksi. Penggambaran dan bajet bertambah. Orang TV bukan nak ambik tahu. Mereka tahu material masuk (siap). Namun, nak buat macam mana isu ini sudah berlarutan lama,” katanya.

Menurut Fadzil, artis atau pelakon utama yang sering menjadi pilihan stesen TV perlu ubah sikap menjadi individu yang lebih bertanggungjawab..

“Sepatutnya artis atau pelakon utama ini berubahlah menjadi artis yang berdisiplin yang tak menyusahkan hidup orang lain. Bayaran sudahlah mahal, cekup (ambil) tawaran sana sini. Watak  pembantu pula bayaran tak besar.

“Kalau nak lari (ambil) tawaran lain nanti, jadual lagi berterabur. Tak tahu nak buat macam mana. Itu lah orang pesan pada yang nak menjadi penerbit,  kalau takut ombak jangan buat rumah tepi pandai,” katanya.

Berita Harian

Topik Hangat

UMNO 3.0 Sedia Singkir Zahid, Najib Termasuk Mat Hasan Ogos Ini : Laporan

KUALA LUMPUR - Spekulasi tersebar luas berkait rancangan yang sedang berjalan untuk menyingkirkan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan pendahulunya Datuk...

50 Buffet Ramadhan 2021 Kuala Lumpur Selangor

Bulan puasa kini menjengah, namun sudahkah anda jumpa destinasi buffet untuk sesi iftar nanti? Atau anda masih tercari-cari destinasi buffet yang mana yang patut anda...

Pergi Jahanam Dengan Arahan Ahmad Maslan – Nazri Aziz

CYBERJAYA: Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz memaklumkan beliau dilarang membuat kenyataan tentang UMNO. Bercakap kepada sebuah portal, Nazri berkata larangan...

Berita Berkaitan

Ejen Ali The Movie ke Brazil

uala Lumpur: Filem animasi tempatan, Ejen Ali The Movie terus mencipta kejayaan apabila terpilih mewakili Malaysia dalam Pertandingan Filem Animasi di Festival Fantaspoa 2021,...

Netizen Dakwa Ada Kedai Motosikal ‘Markup’ Harga Y16ZR Cecah RM13,000

Pernahkah anda mahu membeli sesuatu barangan, tetapi anda diminta bayar ‘wang pendahuluan’ atau ‘deposit’ terlebih dahulu oleh pihak kedai supaya anda dapat ‘lock’ barangan...

Ramlah Ram belum terbuka hati nak sertai Gegar Vaganza

Kuala Lumpur: Penyanyi popular, Ramlah Ram, 56, belum terbuka hati untuk menerima tawaran menyertai program realiti popular, Gegar Vaganza (GV). Ramlah berkata, dia bukan menolak...