1,116 Kes Baru Covid, 14,134 Kes Aktif & Lima Kematian Hari Ini

PUTRAJAYA – Sebanyak 1,116 kes baharu COVID-19 direkodkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes kini 334,156 manakala kes aktif dengan kebolehjangkitan, 14,134.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata daripada jumlah kes baharu berkenaan, terdapat lapan kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara membabitkan lima warganegara dan tiga warga asing.

Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi, 403 diikuti Kuala Lumpur dengan 158 kes baharu serta Sarawak, 124 kes.

“Daripada keseluruhan 14,134 kes aktif dengan kebolehjangkitan, 156 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 60 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham memaklumkan hingga jam 12 tengah hari tadi terdapat lima kes kematian dilaporkan yang menjadikan jumlah kumulatif kes sebanyak 1,238 kes.

Sebanyak 1,495 kes sembuh dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sepenuhnya daripada COVID-19 ialah sebanyak 318,784 kes atau 95.4 peratus. – BH

Topik Hangat

50 Buffet Ramadhan 2021 Kuala Lumpur Selangor

Bulan puasa kini menjengah, namun sudahkah anda jumpa destinasi buffet untuk sesi iftar nanti? Atau anda masih tercari-cari destinasi buffet yang mana yang patut anda...

UMNO 3.0 Sedia Singkir Zahid, Najib Termasuk Mat Hasan Ogos Ini : Laporan

KUALA LUMPUR - Spekulasi tersebar luas berkait rancangan yang sedang berjalan untuk menyingkirkan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan pendahulunya Datuk...

Hakim kelihatan ‘terdorong’ putuskan Najib bersalah – Peguam

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini diberitahu, hakim dalam perbicaraan kes Datuk Seri Najib Razak berkaitan dana SRC International Sdn Bhd, bagaikan 'terdorong' untuk memutuskan...

Berita Berkaitan

Kanak-Kanak Perempuan 9 Tahun Ditemui Maut Gantung Diri – Polis

KULAI – Seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun ditemui maut dalam keadaan menggantung diri di kediaman keluarganya di Flat Temenggong, di sini petang semalam. Ketua...

Saya Tak Tahu Suami dan Anak Zeti Terima Wang 1MDB – Mahathir

PETALING JAYA - Bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau tidak mengetahui berhubung dakwaan bahawa suami dan dua anak bekas gabenor Bank Negara,...

PKPD Di Empat Kawasan Di Sabah, Kelantan dan Pahang Bermula Esok

KUALA LUMPUR - Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan di Taman Tawau Lama dan Kampung Batu Payung, Tawau, Sabah; Kolej Tahfiz Sains Nurul...