Pameran ‘Hadiah dari ASEAN’ di Balai Seni Negara sehingga 31 Julai ini

- Advertisement -

Oleh Zihan Zari

KUALA LUMPUR – ‘Pameran Hadiah dari ASEAN’ bersempena dengan Kepengerusian ASEAN sedang berlangsung di Balai Seni Negara sehingga 31 Julai ini.

Pameran yang julung kali diadakan di Balai Seni Negara ini mempamerkan koleksi hadiah karya seni dari negara anggota ASEAN serta ASEAN+6, termasuk Korea Selatan, Jepun, China, dan India.

Balai Seni Negara dalam kenyataannya memaklumkan ‘Hadiah dari ASEAN’ mempamerkan 33 karya seni yang dihadiahkan kepada Malaysia antara tahun 1960 hingga 2009.

“Karya – karya ini pernah dipamerkan dalam pameran seni antarabangsa di Balai Seni Negara, merangkumi pelbagai bentuk, medium, dan saiz, hasil daripada kreativiti seniman antarabangsa yang kini menjadi sebahagian daripada Koleksi Tetap Negara.

“Pameran ini menekankan peranan seni dalam memperkukuh diplomasi budaya serta menyokong aspirasi ASEAN 2025 dalam mempromosikan perpaduan dalam kepelbagaian,”kata kenyataan itu.

“Setiap karya yang dipamerkan bukan sekadar hasil seni, malah menjadi simbol hubungan erat antara negara-negara ASEAN dan rakan serantau.

Ia mencerminkan warisan budaya yang dikongsi bersama, sekali gus menyumbang kepada perkembangan seni visual di peringkat antarabangsa,”katanya.

“Pameran ini menghimpunkan karya-karya seniman terkemuka dari Malaysia termasuk Lim Nan Seng, Mii Awas, Aw Eng Kwang, Chang Yong Chia, Amir B. Tadok, Ahmad B. Kassim, Linggam, dan Abil B. Manan.

“Dari negara jiran, Indonesia oleh seniman Nurdian Ichsan; Singapura pula Ahmad Abu Bakar dan Thomas Cheong Kah Ho.

“Manakala karya seniman dari Thailand oleh Suebpong Powthai, Supphaka Palprame, Sayumporn Kasornsuwan, dan Wanna Thitamma.

“Selain itu, karya seniman dari Jepun menampilkan Akito Morino, Keiichi Ito, Hideo Matsumoto, dan Masakazu Hoki; dari Korea menampilkan Myung-Ah Lee, Ui Sun Joung, Dong-Hoi Kim, Dae-Soo Lee, Han-Won Lee, Byung-Ho Seo, Bok-Ja Won, Sun-Woo Park, Chung-Hwi Cho, Byoung-Kwoun Park, dan Young-Shick Kwon.

Dari China ; Zheng Ning serta dari India Gurjinder Kaur dan Goutam Das, ”katanya lagi.

“Hadiah Dari ASEAN memperkukuh peranan Malaysia sebagai pusat budaya dan diplomasi serantau, dengan memaparkan keindahan serta kepelbagaian seni dari negara-negara anggota.

“Sebagai tuan rumah bagi ASEAN 2025, Malaysia sentiasa komited dalam menyediakan platform yang menggalakkan pertukaran seni, menonjolkan nilai-nilai bersama, serta memperkukuh hubungan sejarah yang telah lama terjalin,”ujarnya.

“Karya-karya yang dipamerkan bukan sahaja dilihat mampu untuk memperkaya naratif seni, tetapi juga menggambarkan kepelbagaian tradisi dan perkembangan seni kontemporari yang pesat di rantau ini.

“Untuk maklumat lanjut, ikuti media sosial rasmi Balai Seni Negara atau layari melalui laman sesawang www.artgallery.gov.my.

“Orang ramai dan peminat seni visual dijemput untuk mengunjungi Balai Seni Negara dan menerokai naratif seni yang terdapat dalam pameran ini yang dibuka setiap hari bermula jam 9 pagi sehingga 5 petang, ”tambahnya.-, SUARA.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat