Wan Rosdy Umum Peruntukkan RM20,000 Kepada Badan Kebajikan Mahasiswa Pahang-Jordan

- Advertisement -

KUANTAN: Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail mengumumkan peruntukkan sebanyak RM20,000 kepada Badan Kebajikan Mahasiswa Pahang Jordan (BKMPJ).

Menurut Wan Rosdy, peruntukkan tersebut untuk kebajikan anak-anak Pahang di sana.

Beliau berkata demikian selepas selepas mengadakan sesi pertemuan secara online bersama anak-anak Pahang yang sedang melanjutkan pelajaran di Jordan.

Dalam pada itu, beliau juga menasihatkan para pelajar di sana supaya belajar  bersungguh-sungguh dan dapat pulang menjadi pemimpin yang berwibawa.

“Alhamdulillah, sebentar tadi saya telah mengadakan sesi pertemuan secara online bersama dengan anak-anak Pahang yang kini sedang melanjutkan pengajian di Jordan.

”Saya difahamkan seramai 162 orang pelajar Pahang berada di bumi Jordan dan sedang mengikuti pelbagai bidang pengajian seperti Bahasa dan Kesusasteraan Arab, Ekonomi dan Perbankan Islam,Usuluddin, Fiqh dan usulnya, Dirosat Islamiyyahserta Qiraat.

”Dalam pertemuan itu juga, saya telah mengumumkan peruntukan RM20,000 kepada Badan Kebajikan Mahasiswa Pahang Jordan (BKMPJ) untuk kebajikan anak-anak Pahang di sana.

”Nasihat saya, belajarlah dengan bersungguh-sungguh agar dapat pulang ke Pahang menjadi pemimpin yang berwibawa dan berfikiran kehadapan demi pembangunan Negerí Pahang.” kata Wan Rosdy.

Beliau juga mendoakan semoga Allah SWT melindungi serta mempermudahkan segala urusan ini. Insyaallah.-SUARATV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat