Saya Takkan Rayu Penggantungan Keahlian UMNO – Hishammuddin

- Advertisement -

CYBERJAYA – Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein hari ini mengulangi pendiriannya tidak akan merayu penggantungan keahliannya dalam UMNO.

Beliau yang juga bekas Naib Presiden UMNO mengemukakan empat sebab kenapa pendirian demikian diambil sungguhpun ada cadangan daripada UMNO Johor supaya beliau membuat rayuan.

“Saya tak akan merayu. Apa sebabnya? Kerana saya tak tahu sebabnya saya digantung, betul tak? Sampai hari ini kita tidak tahu apa sebabnya saya digantung. Jadi nak rayu apa?

“Kedua, gantung tak ikut proses, tak ikut prosedur. Saya tak diminta untuk jawab kepada Lembaga Disiplin.

“Tak ada surat dikeluarkan Lembaga Disiplin untuk sekurang-kurangnya panggil saya jawab secara bertulis, tak ada,” katanya.

Hishammuddin membuat kenyataan itu ketika hadir Majlis Ramah Mesra Ahli Parlimen Sembrong bersama kepemimpinan Barisan Nasional (BN) Sembrong pada Sabtu lalu.

Menghuraikan lebih lanjut, beliau berkata sebab seterusnya rayuan tidak dibuat kerana beliau seolah-olah dianggap sudah bersalah.

“Buat apa kita nak buat rayuan kepada orang yang sudah membuat keputusan untuk menggantung. Pada orang yang gantung kita, kita nak rayu kepada dia?

“Kalau kita rayu macam kita ini bersalah. Betul tak? Saya minta restu dan izin daripada keluarga Sembrong, kita kata, kalau saya nak rayu, saya tak tergamak nak buat rayuan,” katanya.

Untuk rekod, Hishammuddin dan beberapa pemimpin UMNO lain telah digantung keahlian selama enam tahun dan menyebabkan beliau tidak dapat bertanding pada pemilihan UMNO bulan depan.

Terdahulu pada 4 Februari lalu, UMNO Johor mengemukakan saranan supaya Hishamuddin mengemukakan rayuan dan membela diri terhadap pertuduhan serta sabitan yang dikenakan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat