Kartel Daging: Syarikat Bekal Daging Dihukum Denda RM1.5 Juta

- Advertisement -

JOHOR BAHRU – Syarikat pembekal daging sejuk beku LY Frozen Food Sdn. Bhd. didenda sebanyak RM1.5 juta selepas mengaku bersalah atas tujuh pertuduhan bersabit kesalahan kartel daging, tiga tahun lalu.

Pengarahnya, Yong Chee Keong, 42, pula didenda sebanyak RM100,000 atau enam bulan penjara jika gagal bayar selepas mengaku bersalah atas tujuh pertuduhan yang dikenakan ke atasnya.

Keputusan itu dibuat Hakim Fatimah Zahari selepas tertuduh membuat pengakuan tersebut selepas kesemua pertuduhan dibacakan terhadap mereka.

Sementara itu, Fatimah turut memerintahkan seorang lagi tertuduh, pengurus stor, Chong Kim Kuang, 50, dibebas dan dilepaskan daripada kesemua tujuh pertuduhan yang dikenakan terhadapnya sebelum ini.

Fatimah juga memerintahkan seorang lagi pengarah syarikat, Tan Siew Huak, 44, yang masih gagal dikesan pihak berkuasa sehingga hari ini dilepas tanpa dibebaskan daripada pertuduhan.

Kesemua mereka didakwa mengguna, memiliki dan menawarkan 3,418 kotak makanan sejuk beku menggunakan perihal dagangan palsu tanpa kelulusan dua syarikat pembekal dari Australia selain menggunakan logo halal palsu serta menggunakan logo halal tanpa kelulusan badan persijilan halal Australia.

Sementara itu, pada 12 Februari lalu, mahkamah sama melepas dan membebaskan Syarikat LY Frozen Food Sdn. Bhd., Kim Kuang, dan akauntan, Ng Yee Xin, 39, daripada 12 pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM12.9 juta pada Oktober 2018 hingga Disember 2020 lalu.- Kosmo

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat