Kabel Elektrik Bawah Jambatan P. Pinang Terbakar

- Advertisement -

GEORGETOWN – Pengguna jalan raya di Jambatan Pulau Pinang dekat Perai, di sini dikejutkan dengan kepulan asap yang keluar dari bawah struktur jambatan itu, hari ini.

Kejadian kira-kira 4 petang itu menyebabkan kesesakan teruk berikutan terdapat pemandu yang berhenti kerana bimbang setelah melihat kepulan asap itu yang keluar melalui jeriji besi di tengah jalan.

Jurucakap Jabatan Bomba Penyelamat negeri berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pukul 4.27 petang yang dilaporkan berlaku di Kilometer 3.3 jambatan berkenaan.

“Anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Perai yang ke lokasi mendapati kebakaran melibatkan kabel elektrik di bawah Jambatan Pulau Pinang.

“Tiada akses atau laluan ke lokasi kebakaran untuk membuat pemadaman dan anggota bersama Pasukan Tindakan Kecemasan (ERT) terpaksa melalui akses lain,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurutnya, tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian itu. – Utusan

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat