PAS anggap Kolaborasi Agung cubaan selamatkan PH – Idris Ahmad

KUALA LUMPUR — PAS berpandangan cadangan Kolaborasi Agung sukar direalisasikan kerana syarat yang ditetapkan dilihat membataskan kesediaan parti itu untuk memberikan sokongan penuh terhadap inisiatif berkenaan.

Naib Presiden PAS, Datuk Idris Ahmad berkata, meskipun cadangan itu dilihat baik untuk penyatuan Melayu, penglibatan DAP dan syarat tidak menjejaskan Kerajaan Perpaduan menjadikannya sukar diterima serta disifatkan sebagai usaha mempertahankan Pakatan Harapan (PH).

“Saya percaya hanya penyatuan Melayu mampu selamatkan keadaan, tetapi kalau UMNO masih buat keputusan tidak mahu jejaskan kerajaan perpaduan, no point lah (tidak ada makna).

“Sudah tentu mereka ingin Pas dan Perikatan Nasional menyertai rumah bangsa kerana secara tidak langsungnya sokong PH, ia menjadi batu loncatan buat mereka.
“Kami bukan bodoh,” katanya kepada Suara TV ketika ditemui di Parlimen, semalam.

Idris menambah PAS kekal konsisten memperjuangkan agenda penyatuan Melayu dan menganggap ia sebagai pendekatan paling berkesan menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16).

“Kita memang nakkan penyatuan dan ini adalah kekuatan orang Melayu, mesti bersatu dan kuat baru yang lain-lain ini akan hormat kepada kita.

“Nak cakap payung besar, rumah besarlah, kita mesti bergerak tanpa DAP, itu kita punya garis merah. Dulu kita ada pengalaman, mereka kata dulu boleh kerjasama, sekarang tidak boleh, kenapa?

“Kalau kami nak jadi kerajaan macam UMNO, nak cakap soal kuasa, kami PRU-14 dah jadi kerajaan kalau kami tidak keluar dari Pakatan Rakyat,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menegaskan PAS sejak dahulu mengajak UMNO bekerjasama bagi membentuk kerajaan demi menjamin kestabilan politik negara.

“Hari ini UMNO bercakap duduk dalam kerajaan kerana nak meraikan kestabilan, kenapa kamu tidak bersama kami dulu? Cukup sahaja bilangan dengan kami dalam Perikatan Nasional, ditambah dengan Sabah dan Sarawak untuk tubuh kerajaan,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat