MCMC rakam keterangan ketua editor dan pengarang dalam talian China Press

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah merakam keterangan Ketua Editor dan Pengarang Dalam Talian China Press berhubung satu kandungan terbitan media tersebut yang dipercayai telah melanggar Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang disiarkan melalui akaun
rasmi China Press di platform media dalam talian.

Siasatan dijalankan susulan laporan yang diterima terhadap kandungan berkenaan yang didakwa mengandungi maklumat palsu berkait Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim semasa Istiadat Pembukaan Sidang Parlimen, khususnya berhubung kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, yang berpotensi menimbulkan kekeliruan awam.

Penelitian awal mendapati kandungan tersebut membawa maksud berbeza daripada Titah sebenar Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, sekali gus boleh mencetuskan persepsi tidak tepat terhadap Institusi Diraja serta kepentingan nasional.

Beberapa peralatan dan bahan berkaitan turut disita untuk siasatan lanjut.

MCMC memandang serius sebarang penerbitan melibatkan Titah Yang di-Pertuan Agong dan perkara berkaitan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan serta mengingatkan semua organisasi media agar melaksanakan
semakan fakta secara teliti dan mematuhi prinsip kewartawanan bertanggungjawab.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat